Tuesday, December 30, 2008

Selamat kan Semenanjung Gaza Palestin



Dalam minggu ini Dunia dikejutkan dengan serangan Udara tentera Zionis disekitar semanjung Gaza.Semasa blog ini di posting angka kematian penduduk Palestin sebanyak 400 orang bersamaan dengan 4 orang yahudi Israel
Persoalannya adakah nyawa seorang Yahudi bersamaan 1oo orang Palestin.Zionis sebenarnya semakin angkuh dengan adanya sokongan padu daripada negara Uncle Sam,Kesatuan Eropah yang berdiri teguh dibelakang Rejim Zionis.Nyawa Penduduk Palestin atau Syam pada dulu tidak pernah aman semenjak 15 Mei 1948 apabila Ben Gurion selaku perdana menteri pertama rejim Israel dan mengisytiharkan secara rasmi penubuhan israel secara unilateral
Kejamnya permainan Israel ialah hingga memeksa penduduk palestin hidup dalam 'Penjara Besar'.Penduduk ditebing barat berjumlah 2.8 juta dipisahkan dengan saudara mara mereka di Gaza yang didiami oleh 1.44 juta penduduk.
Penduduk palestin menjadi mangsa kepada medan ujian persenjataan kepada Israel dan Amerika.Dengan mengambil contoh perkiraan peperangan seperti yang dinyatakan dalam artikel "Israel's defence budget a futile analysia" yang dilakukan dalam beberapa peperangan tidak termasuk bantuan asing yakni pelobi Israel daripada Washington.
Laporan itu menunjukan Israel telah membelanjakan sebanyak USD $400 juta pada Perang enam hari 1967,Yom Kippur atau Perang Ramadhan 1973 USD$ 1 Bilion dan Perang Lubnan kedua pada 2006 USD $ 2 Bilion dan pada anggaran awal selama 3 hari menyerang Palestin Israel telah membelanjakan kira-kira USD 150 juta.
Jikalau berlaku peperangan dengan iran israel akan akan berbelanja sebanyak USD 150 Bilion.


DATA EKONOMI PALESTIN

Penduduk 4 Juta(Tebing Barat & Semenanjung Gaza)
KDNK USD $ 2.9 bilion
KDNK Perkapita USD $ 830
Sektor ekonomi Pertanian (9%),Industri (28%),
perkhidmatan (63%)
Hutang Luar USD $ 108 juta
Peningkatan KDNK - 35 %(susut 35 peratus)
tahunan
Kadar kemiskinan 57%

Tanpa visi dan ikon politik yang menjadi role model ,semakin sukar untuk palestin menghadapi percaturan kuasa barat bersama rejim zionis.Pertelingkahan domestik tersebut hanya menguntungkan Israel yang juga mahu menghapuskan survival umat palestin sendiri.
Umat Islam dinagara ini wajar menginsafi kejadian politik palestin sebagai pedoman kepada kita

Monday, December 29, 2008

Hina Islam Perbuatan Kurang Ajar - Harussani

PUTRAJAYA, 29 Dis -- Perbuatan menghina agama Islam adalah satu perbuatan 'kurang ajar', tidak beradab dan keji, kata Tokoh Ma'al Hijrah 1430H Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini.

Beliau berkata selama ini orang Islam belum pernah mengeluarkan satu pun kenyataan mengeji agama lain walaupun beranggapan Islam itu yang benar dan agama yang lain itu adalah tidak benar.

"Kami menghormati agama lain kerana itu adalah perintah daripada agama kami (Islam). Misalnya apabila perbuatan mengeji agama Islam, mencaci Nabi Muhammad S.A.W tetapi kita tak akan berbuat perkara yang sama (kepada agama lain)," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah/2008 di sini, Isnin.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas mengenai kewujudan satu blog yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau berkata untuk keharmonian dalam negara ini sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan, orang Islam di negara ini tidak pernah menghina agama lain yang dianut rakyat negara ini.

Terdahulu Harussani dan cendekiawan Islam dari Syria Dr Wahbah Al-Zuhaili diumum tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1430 Hijrah/2008.

sumber BERNAMA

SALAM MAAL HIJRAH !1430 HIJIRIAH


Sunday, December 28, 2008

Dari teman Adibah Ahmad yang mengatakan beliau si sabotaj


Assalamualaikum.

Hello. Untuk pengetahuan semua, Adibah Ahmad adalah sahabat saya dari sekolah lagi. Sebagai sahabat beliau, saya terpanggil untuk membela beliau kerana saya tahu penulis sebenar CONFIRM bukan beliau.

Nak dikira logik, mana mungkin beliau sendiri menulis data peribadi dan no telefon tempat kerja apatah lagi memuatkan gambar-gambar sendiri. Cari nahas namanya. Hari-hari beliau dihujani dengan panggilan telefon di tempat kerja, sama ada yang ajak berjumpa, yang maki-hamun, tidak kurang juga yang meluahkan simpati. Bayangkan sudahlah sibuk dengan kerja, kemudian ditambah lagi dengan panggilan panggilan sebegini. Sudah tentunya mengundang depresi dan menganggu kehidupan peribadi. Nasib baik bos dan rakan sepejabat memahami, cuma syarikat tidak mahu nama mereka terbabit.

Adibah Ahmad yang sebenar amat menghormati agamanya sendiri. Mempercayai Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Beliau juga bukannya cetek pengetahuan agama, juga berketurunan baik-baik.

Saya amat pasti beliau dikhianati. Lebih 10 tahun saya mengenali beliau. Jadi, jangnlah ada yang cepat menjatuhkan hukum. Menaggilnya dengan kata kata yang tak elok dan sebagainya. Lebih lebih lagi sebagai orang Islam, seharusnya kita menyiasat kesahihan siapakah penulis sebenar terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan semua, sudah 5 laporan dibuat beliau (yang terakhir mlm semalam setelah ia tersiar di Buletin Utama), tapi hanya akhir akhir ini, baru kedengaran berita positive dari pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.

Semoga kita mengaharpkan kebenaran terbukti, dan marilah kita doakan sama sama ketenangan bagi pihak Adibah Ahmad yang sebenar. Semoga yg menjadi dalang di sebalik blog jahat ini terbongkar juga.

Yang pasti, Adibah Ahmad juga tidak mengenali penulis blog jahat itu dan tujuannya berbuat begini.
Sememangnya, org begini memang bukan sahaja cetek akal, malah saya rasa mungkin menghidapi mental illness yang kritikal.

Marilah doakan agar segala-galanya dapat diselesaikan secepat mungkin. Insya Allah.

Polis siasat blog didakwa hina Nabi Muhammad

Polis akan menyiasat perbuatan menyiarkan artikel menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah laman blog seperti yang didakwa dalam laporan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan marah dan tersinggung, khususnya umat Islam dan orang Melayu serta mengundang konflik perasaan, agama dan bangsa.

Ketika dihubungi Bernama, Ismail berkata, dari sudut perundangan, ia dianggap satu kesalahan di bawah Akta Hasutan dan polis akan segera menyiasat pemilik serta penulis blog berkenaan.

Dalam laporannya hari ini, akhbar berkenaan mendakwa terdapat sebuah laman blog, yang kononya milik seorang wanita Melayu, yang dikesan melemparkan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W dan menggunakan gambar dan lukisan.

Laporan itu juga memberitahu selain penuh dengan tohmahan, artikel tersebut turut disertakan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan memburuk-burukkan Nabi Muhammad S.A.W.

Jumpa menteri

Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, Wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam sebuah laman blog yang artikelnya menghina Nabi Muhammad S.A.W, mendakwa, laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang
tidak diketahui motifnya.

Ahmad Shabery berkata wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.

"Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W," katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman hari ini.

"Dia memohon bantuan RTM supaya menghebahkan perkara itu kerana laman blog yang turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu itu bukan dilakukan oleh dirinya dan telah menjejaskan nama baik dirinya serta syarikat tempat dia bekerja.

"Saya telah minta RTM muat cerita itu untuk mengingatkan orang ramai yang menerima kad ucapan dari laman blog itu supaya berhati-hati dan membuat laporan polis," katanya.

Ahmad Shabery berkata wanita yang bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat pemotoran besar di Lembah Klang sendiri mengakui beliau keliru dengan motif pihak tidak bertanggungjawab itu selain tertanya-tanya kenapa identitinya dijadikan mangsa.

"Dia mengesan kehadiran laman blog yang menggunakan nama serta identitinya itu beberapa bulan lepas dan telah pun membuat laporan polis serta Suruhanjaya Multimedia untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab," katanya.

Sehubungan itu, menteri berkenaan meminta pihak terbabit menyiasat segera laman blog berkenaan untuk membersihkan nama wanita terbabit bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Bagaimanapun beliau difahamkan laman blog terbabit mempunyai pelayar yang berpangkalan di luar negara dan menyukarkan Suruhanjaya Multimedia untuk mengesan pihak terbabit.

Katanya, beliau yakin laman blog itu sengaja diadakan-adakan oleh pihak yang mempunyai niat buruk terhadap wanita berkenaan serta majikannya.

Beliau berkata wanita itu kini berada dalam keadaan tekanan mental dan fizikal ekoran kejadian tersebut.

Ahmad Shabery yakin wanita tersebut tidak bersalah kerana jika benar beliau mempunyai tanggapan negatif terhadap agama Islam, tidak mungkin masa yang sama laman blog terbabit turut mempunyai ucapan berbaur penghinaan terhadap agama lain.

Saturday, December 27, 2008

Adibah Ahmad Menghina Nabi Muhammad



Adibah Ahmad bukanlah seorang artis mahupun selebriti, tetapi kini populariti Adibah Ahmad telah sama paras dengan populariti seorang artis. Mengapa?

Mengenai blog Adibah Ahmad di blogspot yang menghina Nabi Muhammad SAW khasnya dan menghina agama islam am-nya. Siapa sebenarnya Adibah Ahmad?

Di blog tersebut, terdapat banyak entri yang menghina Rasulullah. Dan agak tidak logik untuk mereka yang menghina agama sendiri (walaupun dah murtad) untuk mendedahkan identiti secara terbuka. Begitu terbuka. Boleh dikatakan, orang bodoh sahaja yang berbuat begitu.

Ok, kita jangan tunggu siasatan polis. Kita siasat sendiri. Dari apa yang pok han siasat, Adibah Ahmad memang wujud tetapi Adibah Ahmad adalah mangsa mereka yang memendam dendam kepadanya.

mungkin dia pelakon utama filem fitna dulu kot kat belanda atau menjadi pengarang suratkhabar denmark

Blog ni anda boleh lawati di Adibah Ahmad Blog
Kepada yang panas baran tu, harap bersabar.. mengucap banyak2…

Adibah Ahmad

* Age: 27
* Gender: Female
* Astrological Sign: Pisces
* Zodiac Year: Rooster
* Industry: Automotive
* Occupation: Accounts Executive
* Location: Shah Alam : Selangor : Malaysia

About Me

I am open minded, modern thinking,fun loving individual, like to challenge all the old thoughts, call me at03-5566 3800 if you are one of me.

Di blog tersebut, terdapat banyak entri yang menghina Rasulullah. Dan agak tidak logik untuk mereka yang menghina agama sendiri (walaupun dah murtad) untuk mendedahkan identiti secara terbuka. Begitu berani. Boleh dikatakan, orang bodoh sahaja yang berbuat begitu.

Ok, kita jangan tunggu siasatan polis. Kita siasat sendiri. Dari apa yang siasat, Adibah Ahmad (gambar) memang wujud tetapi Adibah Ahmad adalah mangsa mereka yang memendam dendam kepadanya dan dengan berani Khai putuskan di sini, blog tersebut ditulis oleh orang cina. Diulangi, berbangsa cina. Kalau kita lihat betul-betul cara penulisan dia pun, pelat-pelat melayu bangang masih ada.

Apa yang menguatkan penyiasatan ? Ok.. kalau korang masuk blog Adibah Ahmad tu, dia siap kasitahu lagi siapa nak berkenalan boleh hubungi dia di talian 03-5566 3800.. Well, nombor tu dah pun disahkan milik syarikat jual kereta mewah di Kuala Lumpur.

Ok, mari kita lihat satu profile Friendster ni. Sebelum itu, jelaskan apa yang ada di page Friendster yang akan korang lihat ni nanti. Azahar Mohd (tuan page) menulis company dia bekerja sebagai Auto Bavaria Malaysia, BMW. Nyatanya nombor telefon yang diletakkan di blog tersebut adalah milik Auto Bavaria Malaysia, BMW. Selain tu, owner friendster tu jugak ada upload gambar dengan title “Cina Babi”. Dan lihat di “Who i want to meet”, tertulis nama Adibah Ahmad di situ sebagai secretary kepada Azahar Mohd. Di bawah adalah profile Friendster Azahar Mohd yang telah di save dalam bentuk gambar. Mana tahu kalau dia close akaun Friendster dia kerana kes ni nanti.


* klik gambar untuk paparan yang sedang-sedang saja…

Gambar kat atas ni, dah pun Khai highlight’kan mana part yang perlu korang ambil perhatian. Nyatanya di sini, ada pertelingkahan antara Adibah Ahmad, Azahar Mohd dan juga yang menyamar di sebalik blog Adibah Ahmad, seorang lelaki/wanita berbangsa cina.

Wahai pihak Polis Diraja Malaysia yang cepat, mesra dan betul, nyatanya di sini, apa yang perlu korang buat hanya pergi ke Auto Bavaria yang beralamat di..

No 3A, Persiaran Kerjaya, Seksyen U1, Glenmarie,Shah Alam, Selangor

… dan cari lelaki bernama Azahar Mohd. Kemudian tanya dengan cina mana yang tak puas hati dengan dia? Selesai kes!

Kesimpulannya di sini, Adibah Ahmad dan Azahar Mohd telah dianiaya oleh seorang manusia berbangsa cina. Sama-samalah kita berdoa agar agama Islam tidak diperlekehkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebagaimana kita yang beragama Islam menghormati agama lain di Malaysia, seharusnya mereka yang bukan beragama islam harus juga menghormati apa yang telah ada di Malaysia sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi. Sesuatu yang tidak adak di negara lain.. Wallahualam..

Ini pula Myspace Adibah Ahmad yang turut di’create oleh cina tersebut. Terang lagi bersuluh yang page itu wujud kerana sifat dengki dan mencemarkah maruah gadis bernama Adibah Ahmad.

URL: http://adibahahmad.blogspot.com/

Melampau dan kurang ajar! Itu kata-kata paling sesuai dilemparkan kepada seorang penulis laman blog yang dikesan cuba menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini apabila tergamak menyiarkan artikel berbahasa Melayu dan beberapa lukisan menghina Islam serta Nabi Muhammad.

Laman blog terbabit yang menggunakan nama seorang wanita Melayu lengkap dengan gambar dan profil peribadi berserta nombor telefon dengan sengaja memaparkan pelbagai lukisan karikatur dan gambar yang diubahsuai selain perkataan serta ayat yang boleh menimbulkan suasana huru-hara di kalangan masyarakat.

Lebih menyakitkan hati, penulis blog berkenaan mencatat nama wanita Melayu yang didakwa dirinya sendiri pada kebanyakan lukisan sebagai tanda memiliki hak cipta pada setiap lukisan itu.Bagaimanapun, dipercayai kebanyakan gambar dan lukisan sebenarnya dimuat turun dari Internet sebelum disunting penulis dengan memasukkan nama wanita itu.Selain itu, penulis berkenaan sengaja mengaitkan Islam yang disifatkannya pengganas dan mengamalkan fahaman sama seperti nazi.Tidak cukup dengan itu, penulis terbabit menghamburkan kata-kata cacian serta menggelarkan pengunjung yang memberi komen memarahinya sebagai bodoh dan orang kampung berfikiran kolot serta tidak layak melayari laman blognya.

Malah, penulis blog itu dengan berani mencabar umat Islam yang menurutnya berfikiran kolot dan mengalu-alukan golongan masyarakat yang kononnya berfikiran terbuka untuk berkongsi idea dengannya melalui perbualan telefon.

Penulis itu juga mengugut membuat laporan polis kepada mana-mana pengunjung laman blog itu yang tidak sependapat dengannya.

Laman blog terbabit yang mula beroperasi bulan ini dengan mempunyai 30 laman, menjadi popular sekelip mata apabila dilayari lebih 3,000 orang, sehingga semalam.

Rata-rata pengunjung meluahkan kemarahan serta menggelar penulis laman blog itu dengan pelbagai kata-kata cacian.

Pada laman pengenalan diri, penulis mendakwa dirinya seorang wanita keturunan Melayu berusia 27 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat automotif terkemuka di Shah Alam, Selangor.

Beliau juga menyifatkan dirinya seorang berfikiran terbuka, moden dan ceria selain memiliki hobi melukis serta mengambil gambar.

Penulis juga memaparkan alamat hubungan laman web sosial untuk mencari kenalan ‘sebulu’ dengannya.

Penghinaan terhadap Islam tidak berhenti di situ. Pada 30 September 2005, akhbar Jyllands-Posten, yang berpusat di Denmark menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad. Seluruh dunia, Islam dan bukan Islam mengutuk karikatur dan akhbar berkenaan sehingga memaksa Kerajaan Denmark memohon maaf kepada umat Islam.

Filem “Fitna” yang di dalamnya penuh dengan penghinaan, memperlekehkan dan memprovokasi penganut agama Islam disiarkan secara online sekitar bulan Mac yang lalu. Filem buatan ahli politik Belanda, Geert Wilders telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Bantahan jalanan berlaku di seluruh dunia terutama di negara yang ramai orang Islam.
Pada bahagian akhir filem tersebut dimunculkan gambar kartun Nabi Muhammad SAW dengan serban berbentuk bom di kepala, bersumber dari kartun Jyllands Posten. Setelah beberapa detik berlalu, serban itu meletup. Si pembikin filem memberi alasan bahawa itu bukan suara bom meletup, melainkan menggambarkan Islam muncul seperti kilat dan petir di Belanda.
Pada bulan November yang lalu, gempar seluruh Indonesia tentang kartun yang menghina Nabi Muhammad yang disiarkan di laman Wordpress. Kartun berkenaan masing-masing dengan tajuk "Muhammad Dan Zainab" dan "Sex Muhammad Dengan Budak". Akibat bantahan yang keras, laman tersebut telah ditutup pada 20 September 2008.





Monday, December 22, 2008

TRANFORMASI POLITIK MALAYSIA DAN PIALA EMAS RAJA- RAJA MELAYU





Semalam 20 Disember terdapat 2 peristiwa penting berlaku di Jajahan Kota Bahru amnya dan juga di Kelantan khasnya.Yang pertama ialah forum berkaitan dengan politik yang di anjurkan oleh urusetia penerangan kerajaan Kelantan yang membariskan panelis ternama seperti Datuk Paduka Hj Husam bin Musa selaku exco kanan dan merangkap Naib presiden Pas Pusat , Khairy Jamaludin selaku ahli Parlimen Rembau merangkap Naib ketua pemuda UMNO malaysia dan juga Calon Ketua Pemuda UMNO malaysia,seterusnya selaku orang neutral ialah pakar undang-undang perlembagaan iaitu Profesor Dr Aziz Bari pensyarah UIAM dan moderatornya pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berlangsung di Balai Islam Lundang.

Menurut Husam musa PAS akan tetap laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengulangi janji parti itu setelah dicabar oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan oleh pemimpin PAS selepas pilihan raya umum Mac lalu.Husam bagaimanapun menegaskan tugas untuk melaksanakan undang-undang hudud tidak seharusnya dipikul oleh parti PAS sahaja kerana tanggungjawab itu harus dipikul oleh semua orang Islam terutamanya pemimpin.

kenyataan disokong oleh Dr Abdul Aziz pula berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika kerajaan negeri tidak mampu melaksanakannya.

“Kerana undang-undang jenayah itu terletak di dalam bidang kuasa kerajaan pusat dan bukan di dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

“Jika kerajaan negeri Kelantan tidak mampu melaksanakan hudud maka kerajaan pusat harus melaksanakannya,” katanya.

khari berpendapat berkata dengan wujudnya dwiparti politik kuat iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, telah memberikan peluang kepada BN memulihkan imejnya dan membawa perubahan lebih baik.

Beliau berkata dengan perubahan politik selepas pilihan raya umum Mac lalu, BN kini dilihat lebih telus dan komitmen yang diberikan untuk membawa perubahan ke arah kerajaan lebih telus telah dilaksanakan.

“Antara perubahan yang dibawa BN adalah (pembentangan) Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) 2008.

“Malahan BN juga menjalankan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1987 yang memberi lebih kuasa autonomi kepada pihak berkuasa universiti dalam menentukan pengurusan dan pentadbiran institusi masing-masing.

“Kesemua ini jelas memperlihatkan kekuatan kerajaan BN memperjuangkan kepentingan rakyat walaupun bilangan wakil rakyatnya tidak mencapai dua pertiga ahli Dewan Rakyat,”.Malahan Khairy beranggapan undi rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac lalu merupakan undi protes kepada BN dan bukannya tranformasi politik untuk mengingatkan BN terutamanya Umno supaya menjalankan prinsip kerajaan yang lebih telus dan berjiwa rakyat.

Justeru, beliau mengingatkan kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS, supaya jangan terlalu yakin terhadap pencapaian mereka setelah menguasai lima negeri kerana undi rakyat itu akan berubah jika BN mula membuat pembaharuan kepada kerajaan yang lebih baik untuk rakyat.

“Malahan Pas yang sebelum ini merupakan parti pembangkang yang kuat, kini telah mengecil dari aspek pengaruhnya, antara buktinya pelantikan ketua pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah daripada Parti Keadilan Rakyat,” katanya.

Beliau melihat pakatan pembangkang itu sebagai “retak menanti belah” kerana kini telah timbul percanggahan idealogi di antara kepimpinan parti.

Husam musa membidas khary keputusan pilihan raya umum lalu menunjukkan rakyat sudah bosan dengan BN dan kepincangan yang berlaku dalam urusan pentadbiran negara.

Beliau berkata malahan perubahan di lima negeri ditadbir Pakatan Rakyat, termasuk tiga negeri yang ditadbir PAS iaitu Kelantan, Kedah dan Perak, bukti rakyat mahukan satu bentuk perubahan kerajaan baru yang lebih adil.

Pada Wacana itu Husam lebih banyak mengkritik langkah kerajaan BN dalam isu Suruhanjaya Pelantikan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan isu penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) yang akan memberikan impak kepada golongan miskin.

Dan disokong oleh Dr Abdul Aziz, perubahan politik kini menunjukkan satu perubahan yang positif kerana ianya berlaku dalam kerangka yang aman.

“Seperti di Amerika Syarikat, terdapat dua parti yang kuat di negara itu sentiasa berlumba untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan ianya memberikan manfaat kepada rakyat dan negara,” katanya.

Bagaimanapun, katanya perubahan itu mungkin tidak kekal kerana seperti di Taiwan, parti politik utama telah “direhatkan” selama dua penggal sebelum rakyat memilih parti utama itu kembali.

Beliau juga berharap dua suruhanjaya yang dicadangkan BN dapat dilaksanakan dengan serius dan kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara yang dicadangkan suruhanjaya itu kelak.

“Jangan ianya terbiar seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang cadangan pihak itu tidak diendahkan oleh kerajaan dan cadangannya tidak dibahaskan di Parlimen. Suruhanjaya dilihat tidak ada gigi. Jadi ianya menjadi sia-sia,” katanya.

APA yang dutegaskan oleh Seorang ahli akademik menyifatkan hasrat kerajaan menyelesaikan kemelut institusi kehakiman dan rasuah dengan mewujudkan dua suruhanjaya baru-baru ini tidak lebih sebagai kosmetik

Pakar Undang-Undang Perlembagaan dari Universiti Islam AntarabangsaMalaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Hakim (SPH), sebenarnya tidak ke mana-mana.

“Ini kerana kuasa mutlak bagi menentukan pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri dan suhanjaya tersebut hanya berperanan mencari nama-nama hakim layak dipertimbang ke jawatan lebih kanan.

“Jangan harap perubahan kepada kedua-kedua suruhanjaya tersebut kerana soal pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri.

“Begitu pendakwaan kes rasuah masih ditentukan Peguam Negara,” katanya pada Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam, malam tadi.

Pihak kerajaan baru-baru ini membentang kedua rang-rang undang tersebut di Parlimen yang turut mendapat sokongan anggota parlimen Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kewujudan Suruhanjaya tersebut merupakan janji kerajaan ketika menghadapi pilihan raya umum tahun 2004.

Bagaimanapun ramai melihat pembentangan itu dibuat secara tergesa-gesa sebelum Perdana Menteri meninggalkan jawatan pada Mac depan.

Dr Abdul Aziz berkata, sepatutnya kerajaan melakukan pindaan kepada Perkara 122 B Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa sepenuhnya kepada suruhanjaya terbabit bertindak.

“Tidak guna banyak suruhanjaya diwujudkan kalau tidak kita tidak ikhlas. Kita perlu kepada sistem yang lebih kredibiliti,” katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan kerajaan hanya bergantung kepada Speaker dan pasukan polis bagi menghalang usul tidak percaya daripada Pakatan Rakyat sebagai tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, peluang untuk mengemukakan undi tidak percaya sepatutnya tidak dihalang dari awal kerana negara-negara lain memberi ruang kepada pembangkang untuk menngemukakan usul termasuk di Jepun.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa pula menyifatkan SPK seumpama Suruhanjaya Mencari Nama Hakim yang tidak memberi sebarang perubahan ke arah membaik pulih institusi kehakiman.

Bagaimanapun Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertahankan kewujudan suruhanjaya terbabit yang disifatkan sebagai pemulaan yang dilakukan kerajaan sekarang.

Akhirnya Khary mengakui ”Ini menggambarkan sikap keterbukaan kerajaan Tok Guru Nik Aziz. Keterbukaan ini sesuatu yang cukup matang dan ia boleh digambarkan inilah transformasi baru politik di negara ini.

“Sememangnya saya mengakui tsunami politik melanda negara pada Mac lalu. Rakyat sekarang dilihat mempunyai kecederongan untuk mempunyai dwiparti di negara ini,” katanya pada wacana tersebut.

Namun Khary juga wajar dipuji kerana Kemunculan Khairy Jamaludin pada Wacana Perdana anjuran kerajaan Kelantan di sini malam tadi, seakan-akan melengkapkan cabarannya untuk menghampiri jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Mac depan.Mungkin pertama kali dalam sejarah apabila seorang pemimpin muda Umno berani tampil ke pentas PAS (kerajaan negeri) yang disendatkan dengan ribuan penyokong.

Malah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu menyifatkan ia sebagai satu transformasi baru apabila beliau dijemput kerajaan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada satu wacana politik.

Dan Pada Hemat saya Dua layar besar terpaksa disediakan pihak penganjur di luar dewan memandangkan Dewan Besar Balai Islam penuh sesak dengan kehadiran orang ramai.

Kedatangan Khairy turut disambut dengan laungan takbir orang ramai. Malah ramai penyokong Khairy memenuhi bahagian depan dewan, yang lengkap berpakaian baju putih.

Suasana agak panas berlaku pada pusingan kedua sehingga keadaan kurang terkawal apabila panelis Dato’ Husam Musa dan Khairy masing-masing mahu menegakkan hujah dalam masa yang serentak.

Namun, moderator dari UKM, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berjaya mengawal keadaan. Seorang lagi ahli panelis iaitu pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dr Agus yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM ada ketikanya kelihatan terpaksa tunduk kepada kehendak panelis terutamanya ketika pusingan kedua.

Sikap terbuka dipamerkan malam tadi, tidak seperti ketika mengendalikan program Hujah di TV9 dengan memberi ruang kepada mana-mana panelis mencelah ketika ahli panel lain sedang berhujah. Ramai berpandangan situasi itu tidak sepatut dibiarkan.

Keadaan itu digunakan sepenuhnya Husam dan Khairy sehingga meninggalkan Dr Aziz yang cuba mempamerkan sikap berkecuali dalam wacana tersebut, sebagai ahli akademik.

Ketika pusingan ketiga, penonton mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi wacana apabila dibuka ruang untuk bertanyakan soalan. Ramai tampil menggunakan kesempatan terbabit.

Hanya seorang Pemuda Umno dari Bachok yang merebut peluang tersebut dengan mengajukan soalan kepada Husam mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan seperti cuba menggadai ketuanan Melayu.

Hadir sama pada wacana itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan wakil-wakil rakyat.

erkara yang kedua menariknya ialah pertembungan peringkat akhir bola sepak antara kelantan dan pulau pinang yang berlangsung di stadium sultan mohammad ke 4 kota bahru yang menawarkan hadiah sebanyakRM 30 k pada pemenang dan ini adalah perhitungan menebus aib apabila kelantan juga finalis pada musim lalu kalah kepada johor dengan jaringan 1-0.Kelantan bangkit menyambung tradisi kecemerlangannya dan merampas kembali kejuaraan Piala Emas Raja-Raja pada malam ini setelah menang 4-0 menentang Pulau Pinang.

Sejak 2004, Kelantan tidak pernah tercicir daripada menyertai perlawanan akhir pertandingan tersebut malah muncul juara sebanyak dua kali iaitu pada 2004 dan 2006.

Pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja tahun lepas Kelantan tewas kepada Johor.

Pada perlawanan akhir malam ini di Stadium Sultan Muhammad keempat di sini, Jaringan gol pertama Kelantan dilakukan oleh Khairul Zal Azmi Zahinuddin pada minit ke 36 manakala jaringan kedua dilakukan lima minit kemudian oleh Mohd Badhri Mohd Radzi.

Dua lagi gol disempurnakan oleh Abdul Latiff Jusoh pada minit 61 dan minit 82.



Tuesday, December 9, 2008

Tragedi Tanah Runtuh Di Bukit Antabangsa

Artikel ini Pernah di disiarkan di Buletin 1.30 dan Buletin Utama bertarikh 9 Disember 2008

Pada hari semalam kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku Bukit Antabangsa Selangor yang membawa kepada kehilangan 4 Nyawa dan menyebabkan berlaku kemusnahan yang teruk laksana dilanggar geruda akibat daripada kejadian tanah runtuh ini.Mengambil sedikit renteten tanah runtuh yang berlaku di kawasan Hulu Klang

11 Disember 1993
Tragedi Highland Tower telah mengorbankan 48 nyawa apabila satu daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview iaitu Blok A runtuh

25 Disember 1997
Tiga orang terbunuh selepas tertimus dibawah runtuhan tanah dan sampah dalam kejadian di KM 17 Lebuh Raya Ampang - Hulu Klang

20 November 2002
Sebuah baglo di Taman Hillview milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar ranap setelah dirempuh Tanah Runtuh dari bukit bersebelahan dan menyebabkan 8 orang terkorban dalam kejadian berlaku pada 4.35 pagi dan hanya terletak kira-kira 300 meter dari tapak Highland

31 Mei 2006
Empat sekeluarga terkorban setelah tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan 49 buah rumah di kampung Pasir,Hulu Klang pasa kira-kira pukul 4.45 petang

Antara faktor -faktor yang menyebabkan berlaku Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ialah ada pemaju cuba mengelakan daripada terlibat dengan kajian EIA dengan melakukan muslihat dengan memecahkan projek masing kepada lot yang lebih kecil bertujuan untuk memeasimumkan keatas projek yang dijalankan serta mencari helah supaya dapat mengelakan daripada syarat- syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar dan juga Jabatan Kerja Raya.
Faktor yang seterusnya ialah Faktor semulajadi seperti taburan hujan di Malaysia adalah agak tinggi secara tidak langsung memberi dampak kepada struktur tanah dan mewujudkan aliran air bawah tanah yang boleh mengganggu struktur tanah.Melihat pada kawasan pembangunan dilereng bukit dibina tanpa mengambil faktor alam yang boleh menganggu ekosistem dikawasan terbabit tidak guna membeli atau mendiami kawasan yang mempunyai pemandangan yang cantik tetapi masalah akan berlaku pada kemudian hari,Ketiadaan sistem penyerapan semulajadi seperti hutan dan pokok boleh menyebabkan aliran air laju dan boleh menganggu kestabilan tanah dan awas Tanah runtuh akan berlalu…

Cadangan

Kerajaan pusat perlu campurtangan dalam mengatasi masalah ini dengan menubuhkan jawatankuasa berkaitan dengan pembinaan dan projek dikawasan tanah tinggi dan hendaklah berkerja sama dengan pihak kerajaan negeri dengan bersama-sama berganding bahu dalam meluluskan sesuatu pembinaan ini.saya berharap agar masing- masing menolak fahaman parti politik dalam menyelamatkan nyawa rakyat.
Kerajaan perlu menetapkan dalam proses kebenaran merancang dengan mensyaratkan kawasan pembangunan berkonsepkan bangunan dalam taman ia secara tidak langsung dapat mengekalkan kehijauan semulajadi dikawasan yang hendak dimajukan ini.
Pemantuan secara konsisten daripada pihak kerajaan juga wajar bagi mengelakkan pemaju menipu dan mengambil kesempatan diatas kekurangan pengawasan dan penguatkuasaan daripada pihak berwajib.

Kerajaan juga perlulah mengambil langkah yang keras seperti menarik balik lesen-lesen pemaju sekiranya berlaku runtuhan atau kerosakan akibat daripada kelalaian pemaju terbabit janganlah kita berlembut dengan mereka yang menyebabkan banyak nyawa melayang mahukah kita melihat ramai lagi terkorban kerana kelalaian mereka ini.
jangan hanya melakukan pembangunan dikawasan yang berisiko tinggi kerana banyak lagi kawasan yang memerlukan pembangunan secara tidak langsung dapat memberikan value added pada kawasan yang terpencil serta memberi peluang kepada kawasan baru untuk maju

Kita sewajarnya bersyukur kerana kejadian tanah runtuh di Malaysia akibat amukan alam yang penyebab utamanya adalah kita sendiri dan tidak seperti negara jiran kita yang mana tanah runtuh akibat gempa bumi oleh itu marilah kita berfikai sejenak kenapa kita mencari masalah sendiri ibarat kata pepatah “menjolok sarang tebuan dan kita sendiri yang ditimpa musibah

MOHD RAZIHAN BIN CHE HUSIN
PASIR MAS,KELANTAN

Tanah Runtuh diBukit Antarabangsa Ampang Selangor

artikel ini pernah diterbitkan dalam BERNAMA online bertarikh 8 Disember 2008 dan boleh diakses di http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/letterdetails.php?id=343

MOHD RAZIHAN

Takziah kepada keluarga mangsa bencana alam tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Selangor. Kejadian itu berlaku disebabkan ada aliran air di bawah tanah dan mungkin juga berlaku pergerakan tanah. Mengambil iktibar daripada kejadian tanah runtuh lain yang berlaku di Ulu Yam dan di Damansara baru-baru ini, saya masih tertanya-tanya: Adakah masalah ini berlaku kerana projek perumahan dan juga bangunan tidak mematuhi (EIA) kesan impak kepada alam sekitar? Pembangunan di lereng bukit juga perlu dikurangkan kerana kecuraman 30 darjah akan mendedahkan rumah mahupun bangunan yang dibina atas kawasan tersebut kepada perubahan alam yang tidak terduga. Kerajaan sepatutnya mengharamkan terus projek di kawasan lereng bukit yang berisiko tinggi. Walaupun Manusia tidak dapat meramalkan bila bencana alam akan berlaku, tetapi sekurang-kurangnya, pihak berkuasa tempatan wajar meletakkan sistem amaran awal tanah runtuh di kawasan berisiko tinggi agar nyawa manusia dapat diselamatkan. Kerajaan perlu ada dasar mengawal pembinaan rumah di lereng bukit. Dalam soal ini undang-undang harus dikuatkuasakan dengan lebih tegas lagi supaya nyawa dan harta terselamat.

Erti sebuah Pengorbanan



Allahuakbar Allah ukbar Lailah Hailallah. takbir eidul Adha menusuk dalam hati ini.Mengingatkan kepada sirah nabi Ibrahim,nabi Ismail dan juga Siti Hajar akan pergorbanan mereka.Setelah mendapat mimpi dari Allah berulang kali agar nabi Ibrahim melaksanakan satu

perintah iaitu menyembelih anaknya iaitu nabi allah Ismail.Nabi Ibrahim tidak mempunyai zuriat lain selain daripada nabi Ismail.Walaupun keberatan melaksanakan perintah ini namun baginda reda dan melakukan ibadat ini sebagai membuktikan ketaatan kepada Allah.Allah telah menukarkan nabi Ismail kepada seekor kibas daripada syurga dan bermula daripada peristiwa berkenaan maka kita disunatkan agar melakukan ibadat korban mengikut kemampuan kita.

Kita sepatutnya meraikan Hari raya eidul adha lebih meriah daripada hari raya eidul fitriah kerana disamping melaksanakan ibadat korban mungkin juga ada jiran tetangga dan sedara mara kita sedang menunailan ibadat haji di kota Haram Makkatul Mukaramah setelah melakukan wukuf di padang arapah mereka pergi ke Mina untuk habit atau berhenti seketika dan ketika kita menyambut hari raya mereka mudik ke Jamrah untuk melontar di ketiga- tiga Jamrah iaitu Jamrahul ula,Jamrahul wusta dan jamratul aqabah.

Takbir hari raya eidul adha lebih panjang berbanding dengan takbir eidul fitriah.Takbir adha selama 3 hari tasyrik berbanding takbir raya eidul fitriah sampai setakat zohor sahaja.

Berkorban lah kita setakat kemampuan kita sendiri tidak kita dari segi meterial,kewangan,akal fikiran mahupun tenaga kita.Syabas diucapkan kepada anggota keselamatan kerana mereka telah berkorban masa dan tenaga untuk menjaga perbatasan negara kita disamping itu tanniah dan sekalung budi kepada anggota penyelamat yang bertukus lumus dalam menyelamatkan nyawa dan juga harta benda mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Antara sejarah awal pergorbanan yang mendapat kutukan dan ganjaran disisi allah ialah sejarah habil dan qabil

caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhad menentukan pilihan jodohnya.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.

Kemudian dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yang menanti dengan hati berdebar apa yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua korban itu diletakkan, terlihat api besar yang turun dari langit menyambar kambing binatang korban Habil yang seketika itu musnah ternakan oleh api sedang karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh.

Maka dengan demikian keluarlah Habil sebagai pemenang dalam pertaruhan itu karena korban kambing telah diterima oleh Allah sehingga dialah yang mendapat keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yang akan dipersandingkan menjadi isterinya.

Jangan lupa kepada umat islam yang menderita akibat kekejaman musuh islam disamping kita selamat melaksanakan ibadat korban di bumi bertuah ini.jangan lupa sedara kita di selatan Thailand dan juga selatan Filipina.