Tuesday, December 30, 2008

Selamat kan Semenanjung Gaza Palestin



Dalam minggu ini Dunia dikejutkan dengan serangan Udara tentera Zionis disekitar semanjung Gaza.Semasa blog ini di posting angka kematian penduduk Palestin sebanyak 400 orang bersamaan dengan 4 orang yahudi Israel
Persoalannya adakah nyawa seorang Yahudi bersamaan 1oo orang Palestin.Zionis sebenarnya semakin angkuh dengan adanya sokongan padu daripada negara Uncle Sam,Kesatuan Eropah yang berdiri teguh dibelakang Rejim Zionis.Nyawa Penduduk Palestin atau Syam pada dulu tidak pernah aman semenjak 15 Mei 1948 apabila Ben Gurion selaku perdana menteri pertama rejim Israel dan mengisytiharkan secara rasmi penubuhan israel secara unilateral
Kejamnya permainan Israel ialah hingga memeksa penduduk palestin hidup dalam 'Penjara Besar'.Penduduk ditebing barat berjumlah 2.8 juta dipisahkan dengan saudara mara mereka di Gaza yang didiami oleh 1.44 juta penduduk.
Penduduk palestin menjadi mangsa kepada medan ujian persenjataan kepada Israel dan Amerika.Dengan mengambil contoh perkiraan peperangan seperti yang dinyatakan dalam artikel "Israel's defence budget a futile analysia" yang dilakukan dalam beberapa peperangan tidak termasuk bantuan asing yakni pelobi Israel daripada Washington.
Laporan itu menunjukan Israel telah membelanjakan sebanyak USD $400 juta pada Perang enam hari 1967,Yom Kippur atau Perang Ramadhan 1973 USD$ 1 Bilion dan Perang Lubnan kedua pada 2006 USD $ 2 Bilion dan pada anggaran awal selama 3 hari menyerang Palestin Israel telah membelanjakan kira-kira USD 150 juta.
Jikalau berlaku peperangan dengan iran israel akan akan berbelanja sebanyak USD 150 Bilion.


DATA EKONOMI PALESTIN

Penduduk 4 Juta(Tebing Barat & Semenanjung Gaza)
KDNK USD $ 2.9 bilion
KDNK Perkapita USD $ 830
Sektor ekonomi Pertanian (9%),Industri (28%),
perkhidmatan (63%)
Hutang Luar USD $ 108 juta
Peningkatan KDNK - 35 %(susut 35 peratus)
tahunan
Kadar kemiskinan 57%

Tanpa visi dan ikon politik yang menjadi role model ,semakin sukar untuk palestin menghadapi percaturan kuasa barat bersama rejim zionis.Pertelingkahan domestik tersebut hanya menguntungkan Israel yang juga mahu menghapuskan survival umat palestin sendiri.
Umat Islam dinagara ini wajar menginsafi kejadian politik palestin sebagai pedoman kepada kita

2 comments:

Pak Zawi said...

bRazihan,
Israel dan sekutunya tidak mungkin ditewaskan dengan senjata. Senjata yang paling tajam adalah sejata ekonomi yang ada pada tangan umat Islam malangnya Ummat Islam sendiri tidak bersatu untuk menggunakan senjata ini terhadap Israel dan petualangnya. Sebaliknya negara Islam yang kuat sentiasa mengampu Amerika untuk mendapat habuan.

Pok Hans said...

saya bersetuju dengan tuan zawi kerana melihat akan kekuataan zionis mungkin sukar untuk ditewaskan cuma fatah dan hamas perlulah bersatu dalam negara palestin dan senjata paling ampuh sekali ialah minyak seperti dilalukan oleh arab saydi pada perang kippur