Tuesday, December 9, 2008

Tanah Runtuh diBukit Antarabangsa Ampang Selangor

artikel ini pernah diterbitkan dalam BERNAMA online bertarikh 8 Disember 2008 dan boleh diakses di http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/letterdetails.php?id=343

MOHD RAZIHAN

Takziah kepada keluarga mangsa bencana alam tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Selangor. Kejadian itu berlaku disebabkan ada aliran air di bawah tanah dan mungkin juga berlaku pergerakan tanah. Mengambil iktibar daripada kejadian tanah runtuh lain yang berlaku di Ulu Yam dan di Damansara baru-baru ini, saya masih tertanya-tanya: Adakah masalah ini berlaku kerana projek perumahan dan juga bangunan tidak mematuhi (EIA) kesan impak kepada alam sekitar? Pembangunan di lereng bukit juga perlu dikurangkan kerana kecuraman 30 darjah akan mendedahkan rumah mahupun bangunan yang dibina atas kawasan tersebut kepada perubahan alam yang tidak terduga. Kerajaan sepatutnya mengharamkan terus projek di kawasan lereng bukit yang berisiko tinggi. Walaupun Manusia tidak dapat meramalkan bila bencana alam akan berlaku, tetapi sekurang-kurangnya, pihak berkuasa tempatan wajar meletakkan sistem amaran awal tanah runtuh di kawasan berisiko tinggi agar nyawa manusia dapat diselamatkan. Kerajaan perlu ada dasar mengawal pembinaan rumah di lereng bukit. Dalam soal ini undang-undang harus dikuatkuasakan dengan lebih tegas lagi supaya nyawa dan harta terselamat.

No comments: