Tuesday, December 9, 2008

Tragedi Tanah Runtuh Di Bukit Antabangsa

Artikel ini Pernah di disiarkan di Buletin 1.30 dan Buletin Utama bertarikh 9 Disember 2008

Pada hari semalam kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku Bukit Antabangsa Selangor yang membawa kepada kehilangan 4 Nyawa dan menyebabkan berlaku kemusnahan yang teruk laksana dilanggar geruda akibat daripada kejadian tanah runtuh ini.Mengambil sedikit renteten tanah runtuh yang berlaku di kawasan Hulu Klang

11 Disember 1993
Tragedi Highland Tower telah mengorbankan 48 nyawa apabila satu daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview iaitu Blok A runtuh

25 Disember 1997
Tiga orang terbunuh selepas tertimus dibawah runtuhan tanah dan sampah dalam kejadian di KM 17 Lebuh Raya Ampang - Hulu Klang

20 November 2002
Sebuah baglo di Taman Hillview milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar ranap setelah dirempuh Tanah Runtuh dari bukit bersebelahan dan menyebabkan 8 orang terkorban dalam kejadian berlaku pada 4.35 pagi dan hanya terletak kira-kira 300 meter dari tapak Highland

31 Mei 2006
Empat sekeluarga terkorban setelah tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan 49 buah rumah di kampung Pasir,Hulu Klang pasa kira-kira pukul 4.45 petang

Antara faktor -faktor yang menyebabkan berlaku Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ialah ada pemaju cuba mengelakan daripada terlibat dengan kajian EIA dengan melakukan muslihat dengan memecahkan projek masing kepada lot yang lebih kecil bertujuan untuk memeasimumkan keatas projek yang dijalankan serta mencari helah supaya dapat mengelakan daripada syarat- syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar dan juga Jabatan Kerja Raya.
Faktor yang seterusnya ialah Faktor semulajadi seperti taburan hujan di Malaysia adalah agak tinggi secara tidak langsung memberi dampak kepada struktur tanah dan mewujudkan aliran air bawah tanah yang boleh mengganggu struktur tanah.Melihat pada kawasan pembangunan dilereng bukit dibina tanpa mengambil faktor alam yang boleh menganggu ekosistem dikawasan terbabit tidak guna membeli atau mendiami kawasan yang mempunyai pemandangan yang cantik tetapi masalah akan berlaku pada kemudian hari,Ketiadaan sistem penyerapan semulajadi seperti hutan dan pokok boleh menyebabkan aliran air laju dan boleh menganggu kestabilan tanah dan awas Tanah runtuh akan berlalu…

Cadangan

Kerajaan pusat perlu campurtangan dalam mengatasi masalah ini dengan menubuhkan jawatankuasa berkaitan dengan pembinaan dan projek dikawasan tanah tinggi dan hendaklah berkerja sama dengan pihak kerajaan negeri dengan bersama-sama berganding bahu dalam meluluskan sesuatu pembinaan ini.saya berharap agar masing- masing menolak fahaman parti politik dalam menyelamatkan nyawa rakyat.
Kerajaan perlu menetapkan dalam proses kebenaran merancang dengan mensyaratkan kawasan pembangunan berkonsepkan bangunan dalam taman ia secara tidak langsung dapat mengekalkan kehijauan semulajadi dikawasan yang hendak dimajukan ini.
Pemantuan secara konsisten daripada pihak kerajaan juga wajar bagi mengelakkan pemaju menipu dan mengambil kesempatan diatas kekurangan pengawasan dan penguatkuasaan daripada pihak berwajib.

Kerajaan juga perlulah mengambil langkah yang keras seperti menarik balik lesen-lesen pemaju sekiranya berlaku runtuhan atau kerosakan akibat daripada kelalaian pemaju terbabit janganlah kita berlembut dengan mereka yang menyebabkan banyak nyawa melayang mahukah kita melihat ramai lagi terkorban kerana kelalaian mereka ini.
jangan hanya melakukan pembangunan dikawasan yang berisiko tinggi kerana banyak lagi kawasan yang memerlukan pembangunan secara tidak langsung dapat memberikan value added pada kawasan yang terpencil serta memberi peluang kepada kawasan baru untuk maju

Kita sewajarnya bersyukur kerana kejadian tanah runtuh di Malaysia akibat amukan alam yang penyebab utamanya adalah kita sendiri dan tidak seperti negara jiran kita yang mana tanah runtuh akibat gempa bumi oleh itu marilah kita berfikai sejenak kenapa kita mencari masalah sendiri ibarat kata pepatah “menjolok sarang tebuan dan kita sendiri yang ditimpa musibah

MOHD RAZIHAN BIN CHE HUSIN
PASIR MAS,KELANTAN

No comments: