Friday, January 9, 2009

Masyarakat dunia perlu bersatu ‘celikkan’ Yahudi


Masyarakat dunia perlu bersatu ‘celikkan’ Yahudi


DUNIA sejagat terutama dunia Islam perlu untuk bertindak secara kolektif menentang kezaliman dan jenayah perang dilakukan Israel ke atas Palestin di Gaza. Setiap negara, khususnya negara Islam hendaklah menunjukkan bantahan di setiap dewan perundangan di negara berdaulat dengan menyatakan bahawa Israel adalah negara pengganas.

Biar catatan hansard (rekod) Parlimen di setiap badan legislatif di seluruh dunia mempunyai penyataan bersama yang mengesahkan status dan mendefinisikan serta mengklasifikasikan rejim Zionis sebagai pengganas.


Kembara Tanah Palestin










Tindakan rejim Zionis menyerang dan memusnahkan bangunan Parlimen di Gaza memperlihatkan bukan saja keruntuhan bangunan terbabit, malah secara simboliknya, menerusi tindakan menyerang dan memusnahkan bangunan Parlimen Palestin itu, menunjukkan satu keangkuhan Tel Aviv serta pencabulan ke atas hak kedaulatan sesebuah negara.

Dalam dunia moden masa kini, setiap negara semestinya mempunyai dewan perundangan tersendiri dan dalam konteks ini ia perlu dihormati dan dalam masa peperangan juga, bangunan yang menempatkan badan legislatif perlulah tidak diganggu gugat.

Parlimen adalah simbolik kepada kedaulatan sesebuah negara. Jika Israel mampu bertindak memusnahkan bangunan Parlimen, bermakna bagi Israel, institusi perundangan Palestin tiada maknanya bagi rejim Zionis itu.

Bagi saya, adalah amat mendukacitakan serta memalukan seluruh ahli badan legislatif di negara berperundangan dan berdaulat jika tindakan tegas untuk mengecam pencerobohan dan kemusnahan simbol legislatif di bumi Palestin tidak diendahkan dunia.

Maruah badan legislatif dunia seolah-olah tercabar dan tercalar jika nasib badan perundangan dan ahlinya yang juga sepatutnya menjadi rakan kepada ‘kelab ahli legislatif dunia’ tidak dipedulikan masyarakat ahli legislatif sejagat.

Jika badan legislatif yang dipilih keahliannya secara demokrasi oleh masyarakat Palestin tidak dihormati Israel, apatah lagi untuk bertindak ganas dan kejam terhadap bukan saja kepemimpinan Palestin dengan Hamas menjadi mangsa, begitu juga rakyat Palestin diperlakukan dengan tidak berperikemanusiaan.

Untuk itulah, maka Israel tidak teragak-agak melakukan pencabulan ke atas hak asasi Palestin sejak sekian lama kerana bagi mereka Palestin tidak berdaulat dan bukan sebuah negara bebas yang perlu dihormati, melainkan ia dianggap sebagai jajahan Israel dan penghalang kepada kewujudan ‘Greater Israel’ itu sendiri.

Dunia perlu tegas mensinonimkan secara sah bahawa Zionis adalah ideologi, tindakan, rejim mahupun sokongan kepadanya adalah pengganas dan tindakan menyokong Zionis ini adalah menyamai sokongan ke atas pengganas.

Tindakan ganas dan kejam Israel yang tanpa segan melancarkan serangan ke atas Gaza yang membunuh ribuan nyawa serta mengancam survival lebih 1.5 juta penduduk di wilayah berkenaan adalah bukti betapa rejim Zionis tidak berperikemanusiaan dan bertindak secara komprehensif melakukan jenayah perang yang tersusun.

Segala tindak tanduk rejim Zionis dilihat sebagai satu penghinaan ke atas perundangan dunia. Jika lain negara menyerang wilayah lain, seperti yang dapat dilihat kecaman dunia ke atas Iraq apabila menawan Kuwait pada 1990-an dulu dan dunia bertindak menggesa pembebasan segera Kuwait dari penjajahan dan reaksi cepat Washington dan sekutunya untuk bertindak melakukan serangan balas bagi tujuan membebaskan Kuwait, dilihat sebagai satu keperluan antarabangsa.

Namun, dalam soal Palestin, Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya tidak pula memperlihatkan bahawa wujud keperluan dan komitmen bagi memerdekakan Palestin daripada belenggu taklukan Zionis. Yang penting diperlihatkan ialah apa saja yang dilakukan Tel Aviv dikatakan sebagai tindakan bersifat kepentingan nasional dan demi mempertahankan diri bagi memastikan kewujudan berterusan negara Yahudi Israel.

Dana besar-besaran serta dilengkapkan dengan bantuan ketenteraan termoden segera disalurkan bukan kepada mangsa kezaliman, sebaliknya kepada pemangsa yang bertindak melakukan kezaliman. Inilah tindakan hak asasi manusia dilakukan Barat. Yang lemah dibiar tertindas, manakala yang sedia kuat diberi lebih kekuatan bagi terus memusnahkan yang lemah.

Undang-undang antarabangsa tidak dihormati dan akhirnya Israel dimanjakan dunia serta dibiarkan untuk memperlakukan apa saja yang dikehendaki terhadap bukan saja penduduk Palestin, malah mampu menyerang wilayah dan negara lain, termasuk juga Lubnan.

Untuk itu, perspektif dibina pada peringkat sejagat bahawa tidak wujud sebuah negara Palestin dan yang hanya wujud ialah Israel sebagai sebuah negara. Pada masa sama, masyarakat Arab Palestin hanya dianggap sebagai setinggan di negara tadbiran rejim Zionis itu.

Inilah dogma persepsi yang dibina pelobi Yahudi di dunia Barat dan tanpa sedar, seolah-olah Israel dalam apa keadaan sekalipun dianggap lemah dan bila-bila masa mampu dimusnahkan gerombolan negara Arab sekitarnya hinggakan segala bantuan ke atas memastikan kewujudan Israel dianggap penting dan wajib bagi kepemimpinan Rumah Putih dan dunia Barat.

Isu kemusnahan bangsa Arab di Palestin dipinggirkan begitu saja. Lihat saja tindakan Barat menyenaraikan Hamas sebagai pengganas dan pada masa sama digunakan Israel untuk membelasah Hamas di Gaza. Dunia diperlihatkan bahawa dengan tindakan ketenteraan Israel ini, maka masyarakat awam menjadi korban sama seperti yang dilakukan Israel ke atas Lubnan kononnya bagi memerangi pengganas, iaitu Hizbullah sedangkan secara langsung Lubnan menjadi mangsa keruntuhan dan terkorbannya begitu ramai orang awam tidak berdosa.

Dunia hari ini tidak harus membiarkan istilah pengganas digunakan sewenang-wenangnya oleh Barat, termasuk AS dan juga sekutunya bagi menghalalkan sebarang tindakan kejam yang mampu meragut ribuan dan jutaan mangsa jika dikira sejak sekian lama.

Kini nasib 1.5 juta penduduk Gaza bergantung kepada ketegasan dunia, termasuk masyarakat Arab, Islam dan masyarakat yang cintakan keamanan seluruh dunia untuk bertindak secara kolektif dan universal bagi membentuk satu jaringan mesej kepada Washington dan juga Tel Aviv bahawa kedua-dua negara ini sedang menghalalkan jenayah dan pembunuhan.

Dunia harus memberikan mesej bahawa kepemimpinan Israel adalah bermoralkan jenayah. Menjenayahkan Zionis dan rejimnya di Israel adalah perlu, sama seperti usaha menjenayahkan perang.

Serangan ke atas bangunan kerajaan Palestin di Gaza termasuk Parlimen, bangunan Presiden serta juga hospital dan universiti serta sekolah termasuk kediaman penduduk adalah jelas satu tindakan jahil yang dilakukan pengganas menggunakan kapasiti negara yang tidak langsung beralaskan kepada peraturan serta perundangan antarabangsa.

Akibatnya, pencabulan hak awam serta juga hak asasi manusia tidak dipedulikan kerana aspek terbesar perundangan dunia antarabangsa juga dicabuli tanpa sekatan dan tindakan sekatan oleh masyarakat dunia mampu dilakukan terhadap rejim Zionis terbabit.

Dalam perspektif Zionis, perundangan antarabangsa adalah hanya terakru kepada lain-lain negara dunia dan Tel Aviv terkecuali, kerana kononnya yang diperangi adalah pengganas. Maka, atas alasan itu, tindakan ganas rejim Zionis diperundangkan secara sah dan benar. Ini memperlihatkan strategi bijak Zionis untuk mengaburi mata dunia antarabangsa, terutama bagi negara di Barat dengan meletakkan label terlebih dulu sebelum serangan dilakukan secara besar-besaran dan tersusun.

Masyarakat Israel juga perlu keluar daripada doktrin Zionis yang dipegang sejak agenda menubuhkan Israel dilakukan. Jika doktrin Zionis berjaya dibuang masyarakat Yahudi seluruh dunia dan oleh warga Israel itu sendiri, maka dunia akan kembali aman selamanya tanpa konflik dan Israel serta Palestin mampu hidup bersama tanpa pertentangan berdarah.

Kini dunia perlu melihat bahawa usaha mematahkan ‘ego Zionis-Tel Aviv’ adalah satu usaha sejagat yang perlu merangkumi masyarakat yang cintakan keamanan di dalam negara Israel itu sendiri dan juga di dunia Barat serta disokong oleh masyarakat sejagat seluruhnya.

Umat Islam yang mendiami seluruh negara di dunia ini perlu bertindak sebagai ejen pelobi kepada kerajaan di negara masing-masing untuk ‘menjenayahkan Zionis’ bagi menyekat tindakan kejam Tel Aviv.

Masyarakat di Malaysia tanpa mengira ideologi perlu bersama mengutuk tindakan Israel yang sedang memerangi komuniti lemah di Palestin. Jika setiap negara di dunia ini tanpa mengira kerajaan mahupun pembangkang dapat bersama-sama memberikan mesej kepada Tel Aviv dan Washington bahawa dunia seluruhnya mengecam tindakan ganas dan menaja keganasan juga perlu dihentikan, maka mudah-mudahan kepemimpinan baru Washington yang bakal dipimpin Barack Obama mungkin dapat sekurang-kurangnya mendisiplinkan anak manjanya, Israel.

En Syukri Shuib

Penulis ialah pensyarah

di Kolej Undang-Undang, Kerajaan

dan Pengajian Antarabangsa,

Universiti Utara Malaysia (UUM)





TANGISAN GAZA

" TANGISAN GAZA "

(09 Januari 2009 / 12 Muharram 1430H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekelian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: "TANGISAN GAZA ".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Pada hari yang mulia ini, mimbar ingin menarik perhatian kita semua mengenai penderitaan rakyat Palestin. Pada masa ini wilayah Palestin semakin sempit hanya tinggal 'sekangkang kera' iaitu semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Umat Islam Palestin semakin terhimpit dan terhapus di bumi Palestin. Hari ini genap hari ke-14, di mana beribu-ribu orang Palestin terkorban dan tercedera.

Kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin sejak abad ke-20 dan hingga kini, mengingatkan kita kepada keganasan Yakjuj dan Makjuj yang disebutkan dalam al-Qur'an. Menurut Doktor Ali Shariati, pakar sosiologi dan penggerak revolusi Iran menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan Yakjuj dan Makjuj adalah merujuk kepada kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat dan Yahudi.

Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Syeikhul Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa ini melalui bukunya 'Israel fi al-Qur'an wa as-Sunnah', bahawa Israel sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya. Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan Arab. Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, semenanjung Sinai dan termasuklah Madinatul Munawwarah.

Sifat keji Bani Israel ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78:


Maksudnya: " Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh."


Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

Kita amat kesal atas sikap tidak bertanggungjawab Amerika Syarikat yang menyokong jenayah keganasan yang dilakukan oleh kumpulan ini. Kita juga kecewa atas sikap negara-negara kuasa besar lain yang berdiam diri apabila melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam, dan begitu pro-aktif apabila isu-isu yang menyentuh kepentingan masyarakat yang bukan Islam.

Adalah satu hakikat bahawa Islam dan ummah tidak boleh bergantung kepada simpati dan bantuan golongan kuffar. Oleh kerana itulah Allah SWT memberikan kita peringatan bahawa golongan kuffar tidak sekali-kali akan melindungi Islam dan ummah melainkan mereka dijadikan sanjungan dan pujaan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120:


Maksudnya: " Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."

Muslimin Yang DiMuliakan Allah,


Islam mengajar kita bahawa umat Islam adalah bersaudara dan wajib dibela. Amatlah salah, kita membiarkan saudara kita di Palestin menderita, tanpa kita melakukan apa-apa. Sedarlah, bahawa kita bukan sahaja wajib membela dan meringankan penderitaan saudara kita di Palestin, tetapi kita sebagai umat Islam juga wajib turut sama mempertahankan kesucian Baitul Maqdis kerana ia adalah kiblat pertama dalam syiar agama kita. Baitul Maqdis juga adalah tempat Rasulullah SAW Israk dan Mikraj, ia juga merupakan masjid kedua dibina di bumi ini dan ia juga tempat yang diberkati dan dilipatgandakan pahala serta diampunkan dosa.

Justeru itu, mimbar ini menyeru kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia, marilah kita membantu meringankan penderitaan saudara kita di Palestin dengan sama-sama mengambil tindakan berikut:

Pertama: menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita melalui badan-badan diiktiraf oleh kerajaan yang akan menyalurkannya melalui Kementerian Luar Negeri atau Wisma Putra;

Kedua: bersama-sama memboikot dan memulau perkhidmatan seperti perbankan, insuran dan dan barangan seperti produk makanan, syarikat minyak atau yang mempunyai kepentingan dengan Amerika dan Israel;

Ketiga: negara-negara OIC dan lain-lain negara serta umat Islam patut menghentikan dan mengelak dari terus menggunakan mata wang dolar dalam sebarang urusan perdagangan;

Keempat: menginsafi akan bahaya perpecahan kepada ummah dan perlunya tindakan segera dalam menyatupadukan ummah di kalangan negara Islam seluruh dunia; dan

Kelima: tanpa jemu, kita hendaklah memastikan bahawa penjenayah pernag Gaza di bawa kemuka pengadilan dan terus memburu mereka walau di mana juga.

Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

Mungkin sekali imbas amat sukar untuk mengalahkan Israel dan sekutunya, kerana memiliki peralatan ketenteraan dan senjata nuklear yang hebat kecuali dengan kuasa Allah. Oleh itu, mimbar ini juga menyeru masjid-masjid seluruh negara mengadakan solat sunat hajat dan bacaan qunut nazilah, memohon doa kehadrat Allah SWT agar dikurniakan kepada pejuang Palestin dan Hamas khususnya, kekuatan semangat dan kecekalan hati serta kemenangan dalam menghadapi kezaliman Israel. Seluruh umat Islam juga diseru agar sama-sama mendo'akan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.


Maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."


Tuesday, January 6, 2009

KENAPA PERLU BOIKOT BARANGAN KELUARAN AMERIKA

klik ikon untuk tengok barangan yang perlu di boikot oleh kita


KENAPA PERLU BOIKOT?

Kenapa?

AS memberi sokongan terbuka kepada israel yang membunuh Warga gaza

1. AS Menceroboh Iraq dan menghancurkan hak rakyat Iraq dengan begitu zalim.

2. Menceroboh serta menghancurkan Afghanistan dan memilih kerajaan boneka untuk memimpin negara Afghanistan.

3. Membantu Israel membunuh rakyat Palestin dan Lubnan dengan kejam dan sesuka hati.

4. Menyokong Zionis Israel dalam agendanya mewujudkan wilayah timur tengah baru.

5. Mengancam dan mengugut untuk menyerang Syria dan Iran.

6. Menyeksa tahanan orang Islam di penjara Abu Gharib dan Guantanamo.

7. Menggunakan kuasa veto di Majlis keselamatan PBB untuk membenar keganasan Israel dan menafikan hak rakyat Palestin.

8. Mengenakan sekatan ekonomi dan kewangan keatas kerajaan Hamas yang secara sah dipilih oleh rakyat Palestin.

9. Memaksa kerajaan Negara-negara Islam menangkap aktivis Islam tanpa bukti di seluruh dunia di atas nama "memerangi keganasan".

10. Mengugut kerajaan-kerajaan Negara Islam seperti Mesir dan Saudi Arabia untuk patuh kepada dasar Amerika.

11. Membiyayai golongan yang anti Islam dan anti syariah di negara-negara Umat Islam untuk mengembangkan fahaman sesat seperti Islam Liberal, Islam Plural melalui media dan kegiatan subversif.

12. Mendokong pihak-pihak yang mahu menjatuhkan mana-mana pemimpin Islam yang berusaha untuk mengakkan Islam di negara masing.

Diterbitkan oleh:

GERAKAN ANTI ZIONIS & bOIKOT AMERIKA (GAZA)
TERAS, LPAS dan beberapa NGO lain.

COMPANIES TO BOYCOTT




  • L'Oreal
    Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson

  • Marks & Spencer
    M&S, St.Michaels

  • McDonald's
  • Motorola

  • Nestle
    Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food, L'Oréal

  • News Corporation
    TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records

  • Nokia
  • Revlon
    New World Entertainment, Forbes
  • Sara Lee
    Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox

  • Siemens

  • Selfridges

  • Starbucks
    Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo

  • Timberland

Fatwa yang menyeru pemboikotan produk Israel dan Amerika




"Kebiadaban Imperialis Israel di bumi Palestin telah mendapatkan berbagai respons dari kalangan umat Islam, termasuk ulama-ulama Islam. Tokoh-tokoh Islam, seperti Syaikh Dr. Muhammad Sayyid Thanthawi, Syaikhul Azhar, yang selama ini

terkesan lentur dalam setiap pernyataannya, kini lebih tegas lagi akan kewajipan memerangi musuh-musuh Islam, "Apabila kamu tidak mampu memerangi mereka (musuh-musuh Islam, Israel dan Amerika Syarikat) dengan senjata, maka selemah-lemahnya lawanlah dengan memboikot barang-barang dan produk-produk mereka."

Banyak tokoh Islam dunia yang mendukung kewajipan pemboikotan barang-barang dan produk-produk Israel dan Amerika, bahkan mengeluarkan fatwa untuk bertindak balas tindak kejahatan yang mereka lakukan di bumi Palestin.

Mereka adalah Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Satar Fathullah Said (Pensyarah Syariah Universiti Al Azhar), Dr. Naser Farid Wasil (mantan Mufti Mesir), Dr. Muhammad Imarah (Pemikir Muslim Dunia), Dr. Abdul Hamid Ghazali (pakar ekonomi dan politik Islam) dan lain-lain. Berikut ini fatwa yang ditanda tangani tidak kurang dari 70 ulama Sudan dan negara-negara Islam lainnya, berkaitan wajibnya memboikot barang-barang dan produk-produk Imperialis Israel dan Amerika Syarikat.

Fatwa: Wajib Memboikot Barang-barang dan Produk-produk Amerika dan Israel

Segala puji bagi Allah yang telah mewajibkan hamba-hamba-Nya memerangi orang-orang kafir dengan jiwa dan hartanya. Allah telah memberikan kabar gembira kepada mereka kemenangan dan kemuliaan, Dia berfirman,

maksud ayat:-
Perangilah mereka, niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman, (Qs. At Taubah, 9: 14).


Selawat dan salam semoga dicurahkan kepada Rasulullah SAW yang telah bersabda, "Perangilah orang-orang musyrik itu dengan harta, jiwa dan lisan kamu." Selawat dan salam juga semoga tercurah kepada keluarga dan para sahabatnya.
Wahai kaum muslimin, tak tersembunyi dari kamu apa yang menimpa umat kita belakangan ini.

Konspirasi negara zalim Amerika dangan rejim Imperialis Yahudi-Israel telah merampas tanah suci kita, membantai anak-anak kita di bumi Palestin, mengepung rakyatnya dan memaklumatkan perang kepada mereka di semua media visual ataupun audio lewat pengiktiraf antarabangsa yang mereka dakwa.

Oleh karena itu, wajib bagi umat Islam tampil berperanan untuk menghadapi persoalan umat ini dengan menggunakan berbagai wasilah yang mungkin, terutama aksi pemboikotan barang-barang dan produk-produk Amerika dan Israel. Hal demikian itu berdasarkan pada:

Pertama, firman Allah SWT.,

Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-
orang yang zalim. (Qs. Al Mumtahanah, 60: 9)

Kedua, persetujuan Rasulullah SAW. pada Tsumamah ketika dia berkata kepada orang-orang Quraisy,

Demi Allah, tidak akan sampai kepada kamu sebiji gandum pun sehingga Rasulullah SAW. mengizinkannya

Ketiga, Allah SWT. berfirman, "Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri. (Qs. Asy Syura, 42: 39). Kita semua tahu bahwa Amerika telah banyak berbuat kezaliman dan menyekat negeri-negeri Islam dan kaum muslimin, teriakan dan tangisan anak-anak, rintihan orang-orang sakit, ratapan para wanita dan ribuan mayat yang tewas tidak boleh mengetuk nuraninya.

Keempat, konsensus para ulama' yang mengharamkan pemberian manfaat buat orang-orang kafir harbi (yang memerangi umat Islam).
Menyatakan, haram hukumnya bagi setiap Muslim membeli barang-barang dan produk-produk Amerika Syarikat dan Israel, baik berupa produk-produk minuman, gas bumi dan sejenisnya, produk-produk makanan, pakaian, elektronik dan sebagainya.

Barang siapa yang melakukan transaksi bererti membela dan menolong orang-orang kafir, membantu mereka menzalimi saudara-saudaranya kaum muslimin; dia telah melakukan kesalahan dan dosa besar.


Sebelum dan sesudahnya kami ucapkan alhamdulillah, selawat dan salam semoga dicurahkan kepada junjungan kita, Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.


Yang menandatangani fatwa ini adalah:
1. Syaikh Muhammad Fadhil Al Taqlawi, mantan Ketua Jamaah Anshar As Sunnah Al Muhamadiyah, Sudan.
2. Syaikh Ahmad Muhammad Ali Al Thuraifi, Ketua Dewan Fatwa dan Kajian di Universiti Al Quranul Karim
3. Syaikh Ahmad Dr. Muhammad Utsman Shalih, Rektor Universiti Islam Umdarman dan Setiausaha Majlis Ulama Sudan.
4. Syaikh Prof. Dr. Ahmad Ali Al Arzaq, Wakil Rektor Universiti Islam Umdarman Sudan.
5. Syaikh Ash Shadiq Abdullah Abdul Majid, Muraqib Am Al Ikhwan Al Muslimin, Sudan.
6. Syaikh Dr. Ismail Al Beliy, Ketua Majlis Ulama Sudan.
7. Syaikh Prof. Dr. Al Khadhar Abdul Rahim, Dekan Fakulti Ushuludin Universiti Islam Umdarman.
8. Syaikh Prof. Hasan Hamid, Wakil Ketua Dewan Fatwa dan Kajian Universiti Al Quranul Karim
9. Syaikh Dr. Al Hibr Yusuf Nur Al Daim, Ketua Dewan Pengajaran Majlis Nasional Sudan.
10. Syaikh Jalaludin Al Murad, Ketua Malis Tinggi Dakwah, Haji dan Wakaf Sudan
11. Syaikh Kamal Utsman Rizq, Khatib Masjid Jami' Agung Qurthum.
12. Mr. Muhammad Ibrahim Muhammad, Wakil Setiausaha Majlis Ulama' Sudan.
13. Syaikh Prof. Dr. Abbas Mahjub, Rektor Pusat Universiti Al Quranul Karim untuk Cabang Puteri.
14. Syaikh Al Amin Al Haj Muhammad, Pensyarah Universiti Antarabangsa Afrika.
15. Dr. Suad Al Fatih, Anggota Majlis Nasional Sudan
16. Syaikh Abdul Rahim Abul Ghaits, Rektor Institut Al Quranul Karim di Umdarman.
17. Syaikh Dr. Al Qurasyi Abdul Rahim, mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al Quranul Karim.
18. Syaikh Sulaiman Utsman Abu Naro, Amir Jamaah Al Ikhwan Al Muslimin, Sudan.
19. Syaikh Abdul Khalil Al Nadzir Al Karuri, Ketua Jam'iyah Al Ishlah wal Musawah Sudan.
20. Dr. Fathimah Abdul Rahman, Pensyarah Universiti Al Quranul Karim.
21. Syaikh Dr. Kamal Abid, Rektor Islamic Center Afrika
22. Syaikh Dr. Ismail Hanaafi, Dekan Fakulti Syariah Universiti Antarabangsa Afrika
23. Syaikh Husain Asyisy, Khathib masjid Al Firdaus di Umdarman
24. Syaikh Muhammad Al Amin Ismail, Khathib Masjid Al Fath di Shafahah
25. Syaikh Dr. Abdullah Az Zubair, Pensyarah Universiti Al Quranul Karim
26. Syaikh Dr. Mubarak Rahmah, mantan Dekan Fakulti Ushuludin Universiti Islam Umdarman
27. Syaikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Ghafar, Pensyarah Universiti Qurthum
28. Syaikh Dr. Sa'ad Ahmad Sa'ad, Setiausaha Badan Penyantun Penerapan Syariat Islam, Sudan.
29. Syaikh Muhammad Hasan Thanun, Ketua Dewan Pengurus Jam'iyah Anshar
30. Dr. Umar Yusuf Hamzah, Pensyarah Universiti Islam Umdarman
31. Syaikh Hamad Al Fadini, Ketua Urusan Aqidah dan Dakwah
32. Syaikh Muhammad Abdul Karim, Khathib Masjid Majma' Islami di Jerif Barat
33. Syaikh Musa'identivikasi Basyir Ali, Khathib Masjid Agung Umdaum
34. Syaikh Dr. Ala'uddin Az Zuki, Pensyarah Universiti Qurthum
35. Syaikh Dr. Abdullah Abdul Hay, Ketua Urusan Kemahasiswaan Universiti Al Quranul Karim
36. Syaikh Dr. Abdul Hay Yusuf, Ketua Jurusan Peradaban Islam Universiti Qurthum
37. Syaikh Dr. Umar Abdul Ma'ruf Ali, Universiti Islam Umdarman
38. Syaikh Dr. Al Abid Muadz, Dekan Fakulti Syariah Universiti Al Quranul Karim
39. Syaikh Mudatsir Ahmad Ismail, Khathib Masjid Al Arqam di Al Haj Yusuf
40. Syaikh Dr. Yusuf Al Kudah, Pensyarah Universiti El Nilain
41. Syaikh Dr. Shalih Al Taum, Pensyarah Universiti Qurthum
42. Syaikh Al Abid Abdul Wahab, Pensyarah Universiti Qurthum
43. Syaikh Ibrahim Al Dharir, Anggota Dewan Fatwa dan Kajian Universiti Al Quranul Karim
44. Syaikh Dr. Ali Ulwan, Dekan Fakulti Syariah Universiti Nasional Al Ribath
45. Syaikh Ahmad Hasan Muhammad, Ketua Jurusan Komunikasi Universiti Antarabangsa Afrika
46. Syaikh Dr. Mahmud Sulaiman Jadin, Pensyarah Universiti Al Quranul Karim
47. Syaikh Fadhlullah Ibrahim Thaha, Pensyarah Universiti Al Quranul Karim
48. Syaikh Akin Mawil, Anggota Majlis Ulama' Sudan
49. Syaikh Dr. Adil Thahir, Universiti Islam Umdarman
50. Syaikh Amad Bakri Abu Hiras, Da'i
51. Syaikh Nazar Muhammad Utsman, Ketua Dewan Penasehat
52. Syaikh Dr. Izzuddin Ibrahim, Dekan Fakulti Syariah Universiti Al Quranul Karim Cabang Juba
53. Syaikh Utsman Abdul Razaq, Perintis Majlis Ulama' Sudan
54. Syaikh Ibrahim Al Arzaq, Universiti Islam Umdarman
55. Syaikh Dr. Ahmad Shadiq Basyir, Pensyarah Universiti Al Quranul Karim
56. Syaikh Jamal Thahir Hasan, Khathib Masjid Banet Timur
57. Syaikh Athiyah Muhammad Hasan, Anggota Majlis Ulama' Sudan
58. Syaikh Khalid Ramadhan, Khathib Masjid Al Mustaghfirin
59. Syaikh Umar Abdul Qadir, Televisi Qurthum
60. Syaikh Daf'ullah Muhammad Hasan, Imam dan Khathib Masjid Al Dzakirin di Riyadh
61. Syaikh Yahya Abdullah, Imam dan Khathib Masjid Al Mansyiyah
62. Syaikh Muhammad Sayid Haj, Imam dan Khathib Masjid ats Tsaurah
63. Syaikh Dr. Ibrahim Ali Muhammad, Universiti Islam Umdarman
64. Syaikh Bakri Mikyal, Khathib Masjid Mikyal
65. Syaikh Abdul Ilah Muhammad Ahmad Namr, Da'i
66. Syaikh As'ad Abdul Karim, Imam dan Khathib Masjid Majma' Al Furqan
67. Syaikh Dr. Adil Aliyullah, Universiti Islam Umdarman
68. Syaikh Taj Thalab, Imam dan Khathib Masjid Boretzudan
69. Syaikh Dr. utsman Ali Hasan, Pensyarah Fakulti Syariah Universiti Katar
70. Syaikh Ali Aba Shalih, Imam dan Khathib Masjid Muraba' Wahid di Haj Yusuf.

http://www.inminds.com/boycott-israel.php#companies

Sunday, January 4, 2009

Prahara Nakbah Palestin


Langit Genting Gaza terpersik darah
Enam dekad berlalu merahnya masih menyalakan api amarahnya
Membakar kebun-kebun iman nyalaan api amarah

Meruntuhkan rumah-rumah, masjid dan dewan ibadah
Membina tembok pemisah gergasi terpanjang didunia

Menobatkan tebing Barat sebagai penjara tersebar di seanteronya.


Hanya dengan tohmahan penyalahgunaan kawasan

Dijadikan masjid sasaran serangan

Mensyaki pemimpin jihad bersembunyi

Dewan ibadat dibom pada muka hari hijri.


Wahai Rejim Zionis,

Sesungguhnya tembok yang kau hadangi

Tidak dapat memisahkan ikatan imami
Bulatan persaudaraan seluruh jagat yang sama kiblat

Kukuh utuh dalam ikrar wahdah yang terpahat
Dalam bedilan mortar Zionis tak kenal lelah
Roh jihad Palestin membara dalam mata para pria

Doa wanita jadi api membakar makar.



Gema perjuangan sekian dekad tetap bertalu

Berkumandang di gegendang saudara jagat merata buana
Desing peluru yang merobek kujur jasad warga

Tak mampu membunuh jiwa dan semangat seagama.


Nakbah ini tak akan lestari Gharqad pasti layu di tanah Al-Ayyubi..