Saturday, January 3, 2009
Timbul Blog Adibah Ahmed pula menghina Islam Dan Rasulullah S.A.W
Blog Adibah ahmad baru ditutup tiba-tiba ada pulak ada pelampau baru yang menghina islam namanya lebih kurang Tetapi ada sedikit ejaan tertukar daripada adibah ahmad menjadi adibahahmed.
Matlamat blog ni juga sama dengan menghina islam.Belum lagi selesai kes Adibah Ahmad yang dicuri identitinya oleh seorang penyangak Islamfobia,dan mewujudkan nama adibahahmed Blog ini seperti mahu mencabar ketuanan Islam dan juga Kesucian Nama baik Nabi Muhammad sebagai Ketua Rasul dan Nabi segala manusia di atas muka bumi.
Diharap dapat siar dan dedahkan agar tindakan tegas dapat diambil dengan seberapa segera.Gerakan mereka ini sangat bahaya kerana ia didalangi orang yang kuat networknya.Wahai semua orang Islam, marilah sama-sama kita mengutuk tindakan ini, kita sama-sama membantu pihak berkuasa supaya mereka yang terlibat ini segera dibawa kemuka pengadilan.
Biarlah insan bernama Muhammad S.A.W itu tidak pernah kita jumpa tetapi dek kerana baginda adalah insan yang amat kita sayangi maka wajiblah kita mempertahankannya.
Tunjukkanlah rasa sayang anda kepada baginda. Kita serang mereka yang cuba memburukan baginda.
Kita kena usaha agar ia disekat dan dicari dalang di belakangnya.
Tidak ada beza kandungan blog ini yang mempunyai modus operandi yang sama dengan blog terdahulu. Saya kira orang ini memang menghidapi penyakit mental yang serius kerana berterusan menghina Rasulullah s.a.w..
Islam dan junjungan besar Nabi Muhammad perlu dipertahankan oleh kita semua kepada blogger sekalian mari la kita flat blog ni supaya ditutup oleh pihak blogspot..
ALLAHUKBAR!ALLAHUKBAR!ALLAHUKBAR!
URL http://adibahahmed.blogspot.com/
Thursday, January 1, 2009
Kes-kes yang melibatkan blogger tahun 2008
Penulis laman blog penarik beca,Abu Bakar Mohd Rashid,50 ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 ( 1) (c) Akta Hasutan 1948 berhubung satu artikel dalam laman blognya yang memaparkan logo Polis Diraja Malaysia( PDRM) yang telah di ubahsuai.
Dalam artikel berkenaan turut disiarkan logo PDRM yang man gambar kepala harimau di tengah-tengah ditukar kepada gambar anjing manakala '$' dan 'c4' pula diletakan diruang kiri dan logo itu sepatutnya tertera Tulisan 'Allah dan Muhammad'.
selain itu,lukisan bulan dan bintang melambangkan malaysia sebagai negara islam pula digantikan dengan lambang seolah-olah lambang negara Israel.
http://penarikbeca.blogspot.com/
12 SEPTEMBER
Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor,Teresa kok pengendali laman web Malaysia Today,Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan mengikut akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA)
Mereka ditahan mengikut seksyen 73 (1) akta berkenaan.Mengikut peruntukan itu mereka boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahanan itu perlu dilanjutkan.
http://mt.m2day.org/2008/content/view/13070/84/
17 SEPTEMBER
Syed Azidi Syed Aziz 38 Penulis blog Kickdefella ditahan Polis mengikut Akta hasutan .Sebelum ini ,beliau pernah mencadangkan supaya bendera malaysia dikibarkan terbalik semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
http://kickdefella.wordpress.com/about/
23 SEPTEMBER
Penyanyi lagu rap Negaraku,Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee 25,dipanggil merakam keterangan di kompleks Jabatan Siasatan Jenayah komersial(JSJK),Bukit perdana berhubung kontroversi lirik lagu terbabit yang mendapatperhatian ramai selepas tersiar di internet pada tahun lalu.
Video klip lagu rap berkenaan yang disiarkan dilaman web You tube pada tahun lalu mendapat pelbagai reaksi pelbagai daripada semua pihak kerana membangkitkan isu-isu sensitif tentang agama dan kaum
25 DISEMBER
Malaysia dikejutkan lagi dengan blog yang menghina baginda Rasullulah dan didakwa dilakukan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai adibah ahmad namun beliau menafikan bahawa itu tulisan beliau.Dan pada masa kini siasatan kes masih berjalan di bawah akta hasutan
sorotan suka duka blogger dapat memberi pelbagai sumber maklumat kepada kita dan kita juga harus menjaga etika semasa membuat blog.semoga tahun 2009 dapat memberi sinar yang terbaik kepada semua warga blogger sekalian
Tuesday, December 30, 2008
Selamat kan Semenanjung Gaza Palestin
Persoalannya adakah nyawa seorang Yahudi bersamaan 1oo orang Palestin.Zionis sebenarnya semakin angkuh dengan adanya sokongan padu daripada negara Uncle Sam,Kesatuan Eropah yang berdiri teguh dibelakang Rejim Zionis.Nyawa Penduduk Palestin atau Syam pada dulu tidak pernah aman semenjak 15 Mei 1948 apabila Ben Gurion selaku perdana menteri pertama rejim Israel dan mengisytiharkan secara rasmi penubuhan israel secara unilateral
Kejamnya permainan Israel ialah hingga memeksa penduduk palestin hidup dalam 'Penjara Besar'.Penduduk ditebing barat berjumlah 2.8 juta dipisahkan dengan saudara mara mereka di Gaza yang didiami oleh 1.44 juta penduduk.
Penduduk palestin menjadi mangsa kepada medan ujian persenjataan kepada Israel dan Amerika.Dengan mengambil contoh perkiraan peperangan seperti yang dinyatakan dalam artikel "Israel's defence budget a futile analysia" yang dilakukan dalam beberapa peperangan tidak termasuk bantuan asing yakni pelobi Israel daripada Washington.
Laporan itu menunjukan Israel telah membelanjakan sebanyak USD $400 juta pada Perang enam hari 1967,Yom Kippur atau Perang Ramadhan 1973 USD$ 1 Bilion dan Perang Lubnan kedua pada 2006 USD $ 2 Bilion dan pada anggaran awal selama 3 hari menyerang Palestin Israel telah membelanjakan kira-kira USD 150 juta.
Jikalau berlaku peperangan dengan iran israel akan akan berbelanja sebanyak USD 150 Bilion.
DATA EKONOMI PALESTIN
Penduduk 4 Juta(Tebing Barat & Semenanjung Gaza)
KDNK USD $ 2.9 bilion
KDNK Perkapita USD $ 830
Sektor ekonomi Pertanian (9%),Industri (28%),
perkhidmatan (63%)
Hutang Luar USD $ 108 juta
Peningkatan KDNK - 35 %(susut 35 peratus)
tahunan
Kadar kemiskinan 57%
Umat Islam dinagara ini wajar menginsafi kejadian politik palestin sebagai pedoman kepada kita
Monday, December 29, 2008
Hina Islam Perbuatan Kurang Ajar - Harussani
Beliau berkata selama ini orang Islam belum pernah mengeluarkan satu pun kenyataan mengeji agama lain walaupun beranggapan Islam itu yang benar dan agama yang lain itu adalah tidak benar.
"Kami menghormati agama lain kerana itu adalah perintah daripada agama kami (Islam). Misalnya apabila perbuatan mengeji agama Islam, mencaci Nabi Muhammad S.A.W tetapi kita tak akan berbuat perkara yang sama (kepada agama lain)," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah/2008 di sini, Isnin.
Harussani berkata demikian sebagai mengulas mengenai kewujudan satu blog yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Beliau berkata untuk keharmonian dalam negara ini sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan, orang Islam di negara ini tidak pernah menghina agama lain yang dianut rakyat negara ini.
Terdahulu Harussani dan cendekiawan Islam dari Syria Dr Wahbah Al-Zuhaili diumum tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1430 Hijrah/2008.
sumber BERNAMA
Sunday, December 28, 2008
Dari teman Adibah Ahmad yang mengatakan beliau si sabotaj
Assalamualaikum.
Hello. Untuk pengetahuan semua, Adibah Ahmad adalah sahabat saya dari sekolah lagi. Sebagai sahabat beliau, saya terpanggil untuk membela beliau kerana saya tahu penulis sebenar CONFIRM bukan beliau.
Nak dikira logik, mana mungkin beliau sendiri menulis data peribadi dan no telefon tempat kerja apatah lagi memuatkan gambar-gambar sendiri. Cari nahas namanya. Hari-hari beliau dihujani dengan panggilan telefon di tempat kerja, sama ada yang ajak berjumpa, yang maki-hamun, tidak kurang juga yang meluahkan simpati. Bayangkan sudahlah sibuk dengan kerja, kemudian ditambah lagi dengan panggilan panggilan sebegini. Sudah tentunya mengundang depresi dan menganggu kehidupan peribadi. Nasib baik bos dan rakan sepejabat memahami, cuma syarikat tidak mahu nama mereka terbabit.
Adibah Ahmad yang sebenar amat menghormati agamanya sendiri. Mempercayai Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Beliau juga bukannya cetek pengetahuan agama, juga berketurunan baik-baik.
Saya amat pasti beliau dikhianati. Lebih 10 tahun saya mengenali beliau. Jadi, jangnlah ada yang cepat menjatuhkan hukum. Menaggilnya dengan kata kata yang tak elok dan sebagainya. Lebih lebih lagi sebagai orang Islam, seharusnya kita menyiasat kesahihan siapakah penulis sebenar terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan semua, sudah 5 laporan dibuat beliau (yang terakhir mlm semalam setelah ia tersiar di Buletin Utama), tapi hanya akhir akhir ini, baru kedengaran berita positive dari pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.
Semoga kita mengaharpkan kebenaran terbukti, dan marilah kita doakan sama sama ketenangan bagi pihak Adibah Ahmad yang sebenar. Semoga yg menjadi dalang di sebalik blog jahat ini terbongkar juga.
Yang pasti, Adibah Ahmad juga tidak mengenali penulis blog jahat itu dan tujuannya berbuat begini.
Sememangnya, org begini memang bukan sahaja cetek akal, malah saya rasa mungkin menghidapi mental illness yang kritikal.Marilah doakan agar segala-galanya dapat diselesaikan secepat mungkin. Insya Allah.
Polis siasat blog didakwa hina Nabi Muhammad
Polis akan menyiasat perbuatan menyiarkan artikel menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah laman blog seperti yang didakwa dalam laporan sebuah akhbar tempatan hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan marah dan tersinggung, khususnya umat Islam dan orang Melayu serta mengundang konflik perasaan, agama dan bangsa.
Ketika dihubungi Bernama, Ismail berkata, dari sudut perundangan, ia dianggap satu kesalahan di bawah Akta Hasutan dan polis akan segera menyiasat pemilik serta penulis blog berkenaan.
Dalam laporannya hari ini, akhbar berkenaan mendakwa terdapat sebuah laman blog, yang kononya milik seorang wanita Melayu, yang dikesan melemparkan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W dan menggunakan gambar dan lukisan.
Laporan itu juga memberitahu selain penuh dengan tohmahan, artikel tersebut turut disertakan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan memburuk-burukkan Nabi Muhammad S.A.W.
Jumpa menteri
Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, Wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam sebuah laman blog yang artikelnya menghina Nabi Muhammad S.A.W, mendakwa, laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang
tidak diketahui motifnya.
Ahmad Shabery berkata wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.
"Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W," katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman hari ini.
"Dia memohon bantuan RTM supaya menghebahkan perkara itu kerana laman blog yang turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu itu bukan dilakukan oleh dirinya dan telah menjejaskan nama baik dirinya serta syarikat tempat dia bekerja.
"Saya telah minta RTM muat cerita itu untuk mengingatkan orang ramai yang menerima kad ucapan dari laman blog itu supaya berhati-hati dan membuat laporan polis," katanya.
Ahmad Shabery berkata wanita yang bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat pemotoran besar di Lembah Klang sendiri mengakui beliau keliru dengan motif pihak tidak bertanggungjawab itu selain tertanya-tanya kenapa identitinya dijadikan mangsa.
"Dia mengesan kehadiran laman blog yang menggunakan nama serta identitinya itu beberapa bulan lepas dan telah pun membuat laporan polis serta Suruhanjaya Multimedia untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab," katanya.
Sehubungan itu, menteri berkenaan meminta pihak terbabit menyiasat segera laman blog berkenaan untuk membersihkan nama wanita terbabit bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Bagaimanapun beliau difahamkan laman blog terbabit mempunyai pelayar yang berpangkalan di luar negara dan menyukarkan Suruhanjaya Multimedia untuk mengesan pihak terbabit.
Katanya, beliau yakin laman blog itu sengaja diadakan-adakan oleh pihak yang mempunyai niat buruk terhadap wanita berkenaan serta majikannya.
Beliau berkata wanita itu kini berada dalam keadaan tekanan mental dan fizikal ekoran kejadian tersebut.
Ahmad Shabery yakin wanita tersebut tidak bersalah kerana jika benar beliau mempunyai tanggapan negatif terhadap agama Islam, tidak mungkin masa yang sama laman blog terbabit turut mempunyai ucapan berbaur penghinaan terhadap agama lain.