Monday, December 22, 2008

TRANFORMASI POLITIK MALAYSIA DAN PIALA EMAS RAJA- RAJA MELAYU





Semalam 20 Disember terdapat 2 peristiwa penting berlaku di Jajahan Kota Bahru amnya dan juga di Kelantan khasnya.Yang pertama ialah forum berkaitan dengan politik yang di anjurkan oleh urusetia penerangan kerajaan Kelantan yang membariskan panelis ternama seperti Datuk Paduka Hj Husam bin Musa selaku exco kanan dan merangkap Naib presiden Pas Pusat , Khairy Jamaludin selaku ahli Parlimen Rembau merangkap Naib ketua pemuda UMNO malaysia dan juga Calon Ketua Pemuda UMNO malaysia,seterusnya selaku orang neutral ialah pakar undang-undang perlembagaan iaitu Profesor Dr Aziz Bari pensyarah UIAM dan moderatornya pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berlangsung di Balai Islam Lundang.

Menurut Husam musa PAS akan tetap laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengulangi janji parti itu setelah dicabar oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan oleh pemimpin PAS selepas pilihan raya umum Mac lalu.Husam bagaimanapun menegaskan tugas untuk melaksanakan undang-undang hudud tidak seharusnya dipikul oleh parti PAS sahaja kerana tanggungjawab itu harus dipikul oleh semua orang Islam terutamanya pemimpin.

kenyataan disokong oleh Dr Abdul Aziz pula berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika kerajaan negeri tidak mampu melaksanakannya.

“Kerana undang-undang jenayah itu terletak di dalam bidang kuasa kerajaan pusat dan bukan di dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

“Jika kerajaan negeri Kelantan tidak mampu melaksanakan hudud maka kerajaan pusat harus melaksanakannya,” katanya.

khari berpendapat berkata dengan wujudnya dwiparti politik kuat iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, telah memberikan peluang kepada BN memulihkan imejnya dan membawa perubahan lebih baik.

Beliau berkata dengan perubahan politik selepas pilihan raya umum Mac lalu, BN kini dilihat lebih telus dan komitmen yang diberikan untuk membawa perubahan ke arah kerajaan lebih telus telah dilaksanakan.

“Antara perubahan yang dibawa BN adalah (pembentangan) Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) 2008.

“Malahan BN juga menjalankan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1987 yang memberi lebih kuasa autonomi kepada pihak berkuasa universiti dalam menentukan pengurusan dan pentadbiran institusi masing-masing.

“Kesemua ini jelas memperlihatkan kekuatan kerajaan BN memperjuangkan kepentingan rakyat walaupun bilangan wakil rakyatnya tidak mencapai dua pertiga ahli Dewan Rakyat,”.Malahan Khairy beranggapan undi rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac lalu merupakan undi protes kepada BN dan bukannya tranformasi politik untuk mengingatkan BN terutamanya Umno supaya menjalankan prinsip kerajaan yang lebih telus dan berjiwa rakyat.

Justeru, beliau mengingatkan kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS, supaya jangan terlalu yakin terhadap pencapaian mereka setelah menguasai lima negeri kerana undi rakyat itu akan berubah jika BN mula membuat pembaharuan kepada kerajaan yang lebih baik untuk rakyat.

“Malahan Pas yang sebelum ini merupakan parti pembangkang yang kuat, kini telah mengecil dari aspek pengaruhnya, antara buktinya pelantikan ketua pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah daripada Parti Keadilan Rakyat,” katanya.

Beliau melihat pakatan pembangkang itu sebagai “retak menanti belah” kerana kini telah timbul percanggahan idealogi di antara kepimpinan parti.

Husam musa membidas khary keputusan pilihan raya umum lalu menunjukkan rakyat sudah bosan dengan BN dan kepincangan yang berlaku dalam urusan pentadbiran negara.

Beliau berkata malahan perubahan di lima negeri ditadbir Pakatan Rakyat, termasuk tiga negeri yang ditadbir PAS iaitu Kelantan, Kedah dan Perak, bukti rakyat mahukan satu bentuk perubahan kerajaan baru yang lebih adil.

Pada Wacana itu Husam lebih banyak mengkritik langkah kerajaan BN dalam isu Suruhanjaya Pelantikan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan isu penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) yang akan memberikan impak kepada golongan miskin.

Dan disokong oleh Dr Abdul Aziz, perubahan politik kini menunjukkan satu perubahan yang positif kerana ianya berlaku dalam kerangka yang aman.

“Seperti di Amerika Syarikat, terdapat dua parti yang kuat di negara itu sentiasa berlumba untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan ianya memberikan manfaat kepada rakyat dan negara,” katanya.

Bagaimanapun, katanya perubahan itu mungkin tidak kekal kerana seperti di Taiwan, parti politik utama telah “direhatkan” selama dua penggal sebelum rakyat memilih parti utama itu kembali.

Beliau juga berharap dua suruhanjaya yang dicadangkan BN dapat dilaksanakan dengan serius dan kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara yang dicadangkan suruhanjaya itu kelak.

“Jangan ianya terbiar seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang cadangan pihak itu tidak diendahkan oleh kerajaan dan cadangannya tidak dibahaskan di Parlimen. Suruhanjaya dilihat tidak ada gigi. Jadi ianya menjadi sia-sia,” katanya.

APA yang dutegaskan oleh Seorang ahli akademik menyifatkan hasrat kerajaan menyelesaikan kemelut institusi kehakiman dan rasuah dengan mewujudkan dua suruhanjaya baru-baru ini tidak lebih sebagai kosmetik

Pakar Undang-Undang Perlembagaan dari Universiti Islam AntarabangsaMalaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Hakim (SPH), sebenarnya tidak ke mana-mana.

“Ini kerana kuasa mutlak bagi menentukan pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri dan suhanjaya tersebut hanya berperanan mencari nama-nama hakim layak dipertimbang ke jawatan lebih kanan.

“Jangan harap perubahan kepada kedua-kedua suruhanjaya tersebut kerana soal pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri.

“Begitu pendakwaan kes rasuah masih ditentukan Peguam Negara,” katanya pada Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam, malam tadi.

Pihak kerajaan baru-baru ini membentang kedua rang-rang undang tersebut di Parlimen yang turut mendapat sokongan anggota parlimen Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kewujudan Suruhanjaya tersebut merupakan janji kerajaan ketika menghadapi pilihan raya umum tahun 2004.

Bagaimanapun ramai melihat pembentangan itu dibuat secara tergesa-gesa sebelum Perdana Menteri meninggalkan jawatan pada Mac depan.

Dr Abdul Aziz berkata, sepatutnya kerajaan melakukan pindaan kepada Perkara 122 B Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa sepenuhnya kepada suruhanjaya terbabit bertindak.

“Tidak guna banyak suruhanjaya diwujudkan kalau tidak kita tidak ikhlas. Kita perlu kepada sistem yang lebih kredibiliti,” katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan kerajaan hanya bergantung kepada Speaker dan pasukan polis bagi menghalang usul tidak percaya daripada Pakatan Rakyat sebagai tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, peluang untuk mengemukakan undi tidak percaya sepatutnya tidak dihalang dari awal kerana negara-negara lain memberi ruang kepada pembangkang untuk menngemukakan usul termasuk di Jepun.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa pula menyifatkan SPK seumpama Suruhanjaya Mencari Nama Hakim yang tidak memberi sebarang perubahan ke arah membaik pulih institusi kehakiman.

Bagaimanapun Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertahankan kewujudan suruhanjaya terbabit yang disifatkan sebagai pemulaan yang dilakukan kerajaan sekarang.

Akhirnya Khary mengakui ”Ini menggambarkan sikap keterbukaan kerajaan Tok Guru Nik Aziz. Keterbukaan ini sesuatu yang cukup matang dan ia boleh digambarkan inilah transformasi baru politik di negara ini.

“Sememangnya saya mengakui tsunami politik melanda negara pada Mac lalu. Rakyat sekarang dilihat mempunyai kecederongan untuk mempunyai dwiparti di negara ini,” katanya pada wacana tersebut.

Namun Khary juga wajar dipuji kerana Kemunculan Khairy Jamaludin pada Wacana Perdana anjuran kerajaan Kelantan di sini malam tadi, seakan-akan melengkapkan cabarannya untuk menghampiri jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Mac depan.Mungkin pertama kali dalam sejarah apabila seorang pemimpin muda Umno berani tampil ke pentas PAS (kerajaan negeri) yang disendatkan dengan ribuan penyokong.

Malah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu menyifatkan ia sebagai satu transformasi baru apabila beliau dijemput kerajaan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada satu wacana politik.

Dan Pada Hemat saya Dua layar besar terpaksa disediakan pihak penganjur di luar dewan memandangkan Dewan Besar Balai Islam penuh sesak dengan kehadiran orang ramai.

Kedatangan Khairy turut disambut dengan laungan takbir orang ramai. Malah ramai penyokong Khairy memenuhi bahagian depan dewan, yang lengkap berpakaian baju putih.

Suasana agak panas berlaku pada pusingan kedua sehingga keadaan kurang terkawal apabila panelis Dato’ Husam Musa dan Khairy masing-masing mahu menegakkan hujah dalam masa yang serentak.

Namun, moderator dari UKM, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berjaya mengawal keadaan. Seorang lagi ahli panelis iaitu pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dr Agus yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM ada ketikanya kelihatan terpaksa tunduk kepada kehendak panelis terutamanya ketika pusingan kedua.

Sikap terbuka dipamerkan malam tadi, tidak seperti ketika mengendalikan program Hujah di TV9 dengan memberi ruang kepada mana-mana panelis mencelah ketika ahli panel lain sedang berhujah. Ramai berpandangan situasi itu tidak sepatut dibiarkan.

Keadaan itu digunakan sepenuhnya Husam dan Khairy sehingga meninggalkan Dr Aziz yang cuba mempamerkan sikap berkecuali dalam wacana tersebut, sebagai ahli akademik.

Ketika pusingan ketiga, penonton mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi wacana apabila dibuka ruang untuk bertanyakan soalan. Ramai tampil menggunakan kesempatan terbabit.

Hanya seorang Pemuda Umno dari Bachok yang merebut peluang tersebut dengan mengajukan soalan kepada Husam mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan seperti cuba menggadai ketuanan Melayu.

Hadir sama pada wacana itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan wakil-wakil rakyat.

erkara yang kedua menariknya ialah pertembungan peringkat akhir bola sepak antara kelantan dan pulau pinang yang berlangsung di stadium sultan mohammad ke 4 kota bahru yang menawarkan hadiah sebanyakRM 30 k pada pemenang dan ini adalah perhitungan menebus aib apabila kelantan juga finalis pada musim lalu kalah kepada johor dengan jaringan 1-0.Kelantan bangkit menyambung tradisi kecemerlangannya dan merampas kembali kejuaraan Piala Emas Raja-Raja pada malam ini setelah menang 4-0 menentang Pulau Pinang.

Sejak 2004, Kelantan tidak pernah tercicir daripada menyertai perlawanan akhir pertandingan tersebut malah muncul juara sebanyak dua kali iaitu pada 2004 dan 2006.

Pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja tahun lepas Kelantan tewas kepada Johor.

Pada perlawanan akhir malam ini di Stadium Sultan Muhammad keempat di sini, Jaringan gol pertama Kelantan dilakukan oleh Khairul Zal Azmi Zahinuddin pada minit ke 36 manakala jaringan kedua dilakukan lima minit kemudian oleh Mohd Badhri Mohd Radzi.

Dua lagi gol disempurnakan oleh Abdul Latiff Jusoh pada minit 61 dan minit 82.



2 comments:

Zorro said...

Salam,

Secara peribadi saya sangat berbangga dengan keberanian dan kehebatan Khairy Jamaluddin yang jelas memeranjatkan PAS bahawa pemimpin mereka sebenarnya bukanlah sehebat mana, berbanding anak muda yang punyai kredibiliti ini.

Khairy layak sebenarnya untuk memimpin pemuda UMNO, namun situasi semasa dan faktor Pak lah menjadikan Khairy melalui jalan sukar untuk mencapai hasratnya itu.

SYABAS KHAIRY JAMALUDDIN...saudara memang hebat.

Unknown said...

www.globalmsia.com